Wednesday, October 20, 2010

Zionis dan Penjajahan Iraq ( 20 Mac 2003 )

Umum mengetahui yang menguasai di sebalik pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat ialah sekumpulan tokoh-tokoh intelek Zionis Yahudi yang bekerja bagi pihak Parti Likud dan Parti Buruh di negara haram Israel. Kumpulan ini merangkumi keturunan Yahudi dan penganut-penganut Kristian Kanan yang digelar sebagai kumpulan neo-konservatif, yang tidak penah putus asa dan berusaha keras untuk menjamin keselamatan dan peluasan negara Israel – “Israel Raya”. Kelompok Zionis Yahudi ini telah memulakan komplot politik pada tahap tertinggi dalam kerajaan Amerika sejak 1970-an lagi. Mereka berusaha membina Amerika sebagai sebuah empayar yang memiliki kuasa terunggul menerusi gagasan “New World Order”. Matlamat akhirnya, Amerika akan menjadi kuda yang ditunggang oleh mereka bagi mencapai cita-cita mereka di Timur Tengah iaitu – “Israel Raya”.


Semasa tahun 1990-an, para neo-konservatif telah menulis sebuah kertas kerja untuk Ariel Sharon dan Benyamin Netanyahu yang menjelaskan penguasaan Israel di Timur Tengah. Ketika tempoh ini juga pelan memperkasakan empayar global Amerika telah disiapkan oleh para neo-konservatif, iaitu Projek Abad Baru Amerika - PNAC (September 1998). Semasa pemerintahan Bush pertama, di bawah setiausaha pertahanan Richard Dick Cheney, Amerika telah bertindak menyerang Iraq di atas alasan Iraq melanggar Kuwait. namun neo-konservatif tidak berjaya mendesak pentadbiran Bush untuk menjajah Iraq. Selepas pengunduran Bush pertama, Dick Cheney mengedarkan draf dokumen yang disediakan sekumpulan neo-konservatif diketuai oleh Paul Wolfowitz supaya mendesak polisi kerajaan Amerika diubah kepada dasar sepihak di mana Amerika perlu bertindak sebagai “negara polis dunia” dan kerajaan Clinton mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iraq.

Oleh kerana dasar pentadbiran Clinton mementingkan diplomasi, serangan ke atas Iraq tidak berlaku, namun neo-konservatif telah berjaya mendesak kerajaan merangka dan meluluskan Akta Pembebasan Iraq 1991, yang memperuntukkan sejumlah besar dana agensi CIA kepada kumpulan pembangkang Iraq yang terdiri dari puak-puak Syiah dan Kurdis di selatan dan utara Iraq, yang berhimpun di bawah payung pertubuhan INC yang dipimpin oleh Ahmad Chalabi seorang Syiah yang rapat dengan think tank Israel dalam kelompok neo-konservatif.

Peranan neo-konservatif menjadi lebih luas dengan penyertaan secara langsung tokoh-tokoh pelobi Yahudi dan penyokong-penyokong negara Israel ini ke dalam kerajaan sewaktu pemerintahan Bush. Semasa pemerintahan Bush ini, telah berlaku persepakatan Bush-Sharon yang menyatakan, dasar Bush merupakan sebahagian daripada rancangan untuk merealisasikan impian Zionis untuk “Israel Raya”. Doktrin Bush yang diwujudkan pula, menekankan tindakan serangan awal ke atas mana-mana negara yang dianggap mengancam keselamatan Amerika kononnya untuk mempertahankan diri dari serangan pengganas. Bagi tujuan ini, Bush telah berbohong kepada dunia bahawa Saddam Husein mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Qaeda dan Osama bin Laden dan Iraq memiliki senjata WMD yang boleh mengancam dan membahayakan negara Amerika.

Paling penting untuk diketahui ialah bersama-sama cita-cita kekuasaan fanatik imperial Zionis ini, eksekutif syarikat minyak Amerika yang digelar Big Oil telah merancang serangan habis-habisan untuk menguasai kekayaan minyak di seluruh Timur Tengah. Pada masa yang sama mereka mengimpikan penghapusan negara Arab dan mengembangkan sempadan Israel yang merangkumi Lembah Nil ke Sungai Furat di Iraq. Justeru kejatuhan Iraq dan Saddam Husein menjadi langkah permulaan kepada empayar Israel raya. Sementara negara Arab lain di rantau Teluk akan menjadi sasaran seterusnya. Akhbar American Free Press menyatakan, sekiranya Amerika berjaya menghancurkan Saddam dan menduduki Iraq, Israel akan menjadi rakan utama dalam konsortium, berdasarkan pengaruh Israel di Washington dan juga media. Penjajahan Iraq dengan meletakkan rejim boneka – rejim Syiah Iraq hari ini, merupakan keberkesanan peluasan sempadan Israel, menyempurnakan sebahagian besar daripada impian untuk “Israel Raya" .

Sehari selepas pengeboman Iraq, akhbar Wall Street Jurnal (21 Mac 2003 ) memuatkan satu artikel bertajuk ; “Timur Tengah Baru – Impian Presiden : Bukan Hanya Menukar Pemerintahan Tetapi Kawasan Serantau. Satu Kawasan Yang Pro-Demokratik Amerika Adalah Objektif Yang Mempunyai Dasar Israel dan Neo-Konservatif ”. Artikel ini mengisytiharkan, ketika sedang menghantar tentera ke Iraq, Presiden Bush bertujuan lebih dari menukar rejim sebuah negara. Impiannya ialah untuk menjadikan seluruh Timur Tengah satu tempat yang berbeza dan satu tempat yang selamat untuk kepentingan (empayar global) Amerika”. Tiga hari kemudian akhbar New York Times (24 Mac 2003 ) memetik ucapan seorang pegawai pentadbiran yang tidak bernama mengatakan ‘perang Iraq hanyalah satu permulaan’. Serangan ke atas Iraq telah diumumkan pada malam 17 Mac 2003 sempena perayaan purim Yahudi, perayaan tradisi kaum Yahudi yang merayakan kemenangan kaum kaum Yahudi purba terhadap musuh yang dibenci oleh mereka.


No comments:

Post a Comment