Laman web Membela Sunnah yang berbahasa Arab hari ini, 14 Januari 2009 melaporkan daripada Al-Arabiya, pemimpin Islam Afghanistan, Gulbudin Hekmatiyar yang pernah hidup beberapa tahun di Iran sehingga dia dihalau keluar memberi amaran kepada Hamas supaya jangan tertipu dengan Iran dan janji-janji sokongan mulutnya.
Gulbudin dalam risalahnya menyatakan: “Pejuang-pejuang gagah berani di Gaza, sesungguhnya Tehran sering melaung-laungkan bahawa dia akan melindungi penduduk Palestin dan meneruskan perang mulut terhadap Zionis melalui lidah Hizbullah di Lubnan tetapi pada praktikalnya mereka tidak melakukan apa-apa pun beralasan dihalang negara-negara Arab. Tetapi alasan ini tidak berasas sama sekali, jika benar Iran betul kasihan kepada penduduk Palestin kenapa dia tidak menyuruh Hizbullah menembak roket ke Israeli?Beribu-ribu roket diberi oleh Iran dan Syria (negara Syiah Nusairiah) kepada Hizbullah, bilakah ia akan digunakan? Bilakah akan tiba harinya ia akan digunakan? Jika Iran benar maka suruhlah syiah di Afghanistan dan Iraq untuk bergabung dengan Mujahidin melawan Amerika atau paling kurang jangan bersekongkol dengan Amerika”.
Kemudian beliau mengarahkan perkataannya kepada Hamas: “Janganlah kamu bergantung kepada Iran kerana dia sentiasa berdiri bersama musuh Umat Islam sepanjang sejarahnya, sesungguhnya ia adalah musuh dalam rupa kawan, dan menikam kaum muslimin daripada belakang. Iran juga menyokong Rusia dan Komunis menentang Mujahidin di Afghanistan dan juga menolog tentera salib menawan Afghanistan dan menyokong Amerika menjajah Iraq”.
Beliau juga menyatakan, jumlah penduduk Iraq dan ulama Sunnah Iraq yang dibunuh oleh pengganas-pengganas yang taat kepada Iran melebihi jumlah mereka yang dibunuh oleh Amerika. Mereka melemparkan mayat-mayat Ahli Sunnah dalam balutan hitam di jalan-jalan.
Gulbudin Hekmatiyar merupakan pemimpin al-Hizbul Islami Afghanistan yang melarikan diri ke Iran pada 1996 setelah kemenangan Taliban. Pada 2003 setelah gagal mendapatkan sokongannya, kerajaan Iran menghalaunya keluar daripada Iran. Hekmatiyar menghantar pasukannya untuk membantu Hamas dalam perang Gaza atau Perang al-Furqan yang sedang berlangsung.
Pihak Amerika Syarikat menjanjikan hadiah lumayan bagi mereka yang memberi maklumat sehingga tertangkap atau terbunuhnya Gulbudin Hekmatiyar.

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/658/
http://bahayairan.wordpress.com/2009/01/14/amaran-hekmatiyar-kepada-hamas/
No comments:
Post a Comment