Tuesday, October 19, 2010

Dr. Ahmad Chalabi dan Penjajahan Iraq 2003 (Bahagian 4)

Menyedut Minyak Iraq

Sukar untuk mengatakan betapa pentingnya minyak Iraq. Dengan bukti simpanan 112 bilion barel (banyak penganalisis mengatakan sebenarnya simpanan minyak Iraq adalah dua kali ganda), Iraq menduduki tangga kedua terbesar bekalan minyak di dunia. Kelumpuhan industri nya menjadikan Iraq hanya dapat menghasilkan hanya 2 juta barel minyak per hari pada tahun 2002, namun dengan usaha sederhana, pengeluaran minyak Iraq boleh melambung setinggi 7-8 juta barel per hari pada akhir dekad ini. Mengawal bekalan minyak yang banyak akan memberikan Amerika Syarikat daya ekonomi yang lebih besar mengatasi Eropah dan Jepun ; yang sangat bergantung kepada minyak dirantau Teluk, mengatasi Rusia, yang ekonominya bergantung kepada harga eksport minyak, yang boleh dimanipulasi oleh operasi Amerika di Iraq; dan mengatasi Saudi Arabia, sebuah rejim yang hidupnya hanya bertahan dengan minyak. "Syarikat-syarikat minyak Amerika akan menjadi penerima utama manfaat minyak dari perang ini," kata Akins. "Kami mengambil alih Iraq, menubuhkan rejim kami, menghasilkan minyak pada tahap maksimum dan akan memberitahu Arab Saudi supaya mereka pergi ke neraka." "Ini mungkin akan menandakan berakhirnya OPEC," kata Bryen dari pertubuhan JINSA.

The INC sangat menyukai syarikat-syarikat minyak Amerika. Pada pertengahan Oktober, Chalabi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan tiga syarikat minyak terbesar AS di Washington. "Orang-orang minyak secara semulajadinya gementar," kata jurucakap INC, Zaab Sethna, yang mengambil bahagian dalam pertemuan antara Chalabi dengan para eksekutif syarikat minyak berkenaan. "Kami telah melakukan perbincangan dengan mereka, tapi mereka tidak sepertimana kebiasaan dalam perbualan itu." Itu benar. Dalam wawancara, para pegawai syarikat minyak bercakap dengan berhati-hati dan hanya menumpu pada latar belakang mengenai Iraq, ketawa dengan gugup terhadap pada idea yang diucapkan. Mereka sangat berhati-hati bergaul dengan INC atau bercakap mengenai perancangan perang AS kerana takut dengan kemarahan Arab Saudi dan negara-negara pengeluar minyak yang lain di Teluk Parsi. Ditanya tentang perbincangan dengan INC, seorang eksekutif minyak AS menjadi pucat, mengatakan, "Saya tidak boleh bercakap mengenai perkara itu, walaupun mengenai latar belakang Iraq."

Namun kekayaan yang tak terhitung yang terletak di bawah tanah Iraq adalah daya tarikan yang kuat untuk syarikat minyak multinasional. "Saya akan mengatakan bahawa terutamanya syarikat-syarikat minyak AS ... menantikan idea bahawa Iraq akan dibuka untuk perniagaan," kata seorang eksekutif dari salah sebuah syarikat minyak terbesar di dunia,sambil menambah bahawa syarikat sedang berusaha keras untuk tidak menjadi sasaran yang diperhatikan .

"Kami tidak memiliki saham di Iraq sekarang," kata seorang eksekutif industri minyak. "Salah satu dari kekecewaan yang syarikat minyak AS, ialah Rusia, Perancis dan China sudah memiliki hubungan dengan Iraq. Dan persoalannya ialah :. Berapa ramai yang akan dibenarkan oleh orang-orang yang menggantikan Saddam?"

INC dan para pendukungnya tidak merangka fakta bahawa pasukan Amerika berkumpul untuk menyerang Iraq akan membebaskan minyak Iraq . Dalam keadaan tidak dapat menahan diri, Chalabi menyeru kepada The Washington Post bahawa INC bermaksud untukmemberikan hadiah kepada rakan-rakan Amerikanya. "Syarikat-syarikat Amerika akan mempunyai peluang yang besar terhadap minyak Iraq," dia mengisytiharkan.

Sementara itu, ahli ekonomi bersekutu dengan INC - termasuk pakar strategi di Heritage Foundation, AEI dan JINSA - yang beramai-ramai merancang untuk "menswastakan" industri minyak Iraq dan kemudian mengagihkannya kepada pihak Barat, terutamanya, syarikat-syarikat Amerika. Pada akhir September, kertas kerja "Masa Depan Iraq Pasca-Saddam: Sebuah Blueprint Penglibatan Amerika," pertubuhan Heritage Foundation milik Ariel Cohen mengajukan skema yang hampir lengkap untuk penswastaan minyak Iraq, mencipta tiga syarikat berasingan untuk selatan Iraq, kawasan sekitar Baghdad dan ladang Kirkuk di Iraq utara, dengan syarikat tambahan untuk mengendalikan rangkaian paip dan kilang dan untuk memajukan gas asli Iraq. Dalam sebuah wawancara, Cohen memberi amaran bahawa Perancis, Rusia dan China mungkin mendapati kontrak minyak yang sedia ada dengan Iraq tidak akan dihormati oleh INC "Ini akan bergantung kepada kerajaan selepas Saddam untuk memeriksa kesahihan undang-undang perjanjian yang ditandatangani oleh rejim Saddam, " kata Cohen. "Dari sudut pandangan realiti politik, kerajaan-kerajaan ini sepatutnya cuba berunding lebih awal dengan INC dan mengabaikan Saddam. Peluang akan ditutup .."

Sukar untuk membayangkan bahawa satu rejim yang menswastakan minyak Iraq akan menjadi sangat popular dikalangan rakyat Iraq. Langkah memiliknegarakan minyak yang berlangsung antara tahun 1972 dan 1974, telah menjana elektrik rakyat Iraq dan melonjakkan industri seluruh dunia. ia juga menjadikan jatuhnya penguasaan syarikat asing seluruh negara Teluk Parsi dan negara-negara dalam pertubuhan OPEC, seperti negara-negara lain telah mengusir syarikat multinasional dan membina syarikat perbadanan milik negara. Akhirnya, bahkan Arab Saudi mengenakan kawalan terhadap kuasa Aramco, konsortium Exxon, Mobil, Texaco dan Chevron yang telah lama menjadi raksasa di Teluk Parsi. Kini, secara berhati-hati, pengendali industri minyak melihat perang di Iraq sebagai cara untuk memenangi semula apa yang telah hilang.

"Malahan di Arab Saudi, semua yang boleh kita lakukan adalah membeli minyak mereka," kata seorang pegawai syarikat minyak Amerika. syarikat-syarikat AS, eksekutif ini menegaskan, ingin kembali ke kawalan langsung yang lebih besar, mungkin melalui perkongsian perjanjian yang akan memberikan mereka kedua-dua hak iaitu, kepentingan secara langsung di ladang minyak dan perkongsian keuntungan yang lebih besar.


Ini juga jelas bahawa INC, para neokonservatif dan para eksekutif minyak berfikir Iraq mengatasi Arab Saudi. Sejak Robert W. Tucker menulis sebuah rencana di Commentary pada tahun 1970-an mencadangkan pendudukan ke atas ladang minyak Arab Saudi AS, senario seperti itu telah menjadi visi berharga untuk sebuah lingkaran kecil strategi. (musim panas tahun 2002, Perle mengundang seorang penganalisis RAND Corporation untuk berucap di Majlis Dasar Pertahanan mengenai topik ini.) Awal 2002, dalam sebuah artikel bertajuk "Membebaskan Wilayah Timur Arab Saudi," Singer mencadangkan Amerika Syarikat harus membantu mencipta Republik Islam Timur Arab. "Saya serius mencadangkannya," kata Singer. "Arab Saudi adalah boleh terdedah tidak hanya dengan serangan AS ke atas tanah mereka, tetapi penyertaan AS secara tidak rasmi dalam sebuah pemberontakan oleh minoriti Syiah di Wilayah Timur." Wilayah Timur, yang sebahagian besar Syiah, termasuk memasukkan sebahagian besar ladang minyak Arab Saudi.

Satu masalah lain ialah INC tidak mewakili seluruh gerakan pembangkang di Iraq. Dua parti Kurdis utama, Parti Demokratik Kurdistan (KDP) dan Kesatuan Patriotik Kurdistan (PUK), walaupun melalui persaingan berdarah dalam masa yang panjang, telah berjaya menuju kesatuan. Mereka sudah bersatu, menunggu giliran, dengan Iraqi Nasional Accord (INA), sebuah kumpulan diketuai oleh bekas pegawai tentera Iraq yang disokong oleh CIA, dan dengan Supreme Council for the Islamic Revolution in Iraq (SCIRI) untuk membentuk Kumpulan Empat, sebuah alternatif kepada INC. Mereka berharap, akan menarik lebih sokongan Amerika. Bahkan ada kumpulan monarki (anak-anakRaja Faisal keturunan Sharif Husain) cuba untuk mengembalikan kerajaan TE Lawrence-Hashimiah di Baghdad, beberapa orang mengatakan, boleh mempromosikan sebuah kerajaan di Iraq untuk Putera Hassan Jordan, dari keluarga Hashimiah.

Apakah ini realiti strategik, dan ejekan luas Chalabi di kalangan pakar Timur Tengah, penting? "Saya tidak berfikir dari pandangan mereka yang relevan untuk meneruskan perdebatan lagi," kata Danielle Pletka, timbalan presiden dari pertubuhan American Enterprise Institute. "Sorry!" Terima kasih kepada "seluruh tentera yang luas [kelompok neokonservatif]" yang telah berjaya menang ke atas Bush dan Cheney. Dia melihat bahawa INC memiliki sesuatu yang kumpulan lain tidak miliki : sokongan daripada Presiden Amerika Syarikat.


Terjemahan dari - Tinker, Banker, NeoCon, Spy - Ahmed Chalabi's long and winding road from (and to?) Baghdad oleh Robert Dreyfuss

Robert Dreyfuss wartawan senior untuk The American Prospect. Penulis buku Devil's Game: How the United States Helped Unleash Fundamentalist Islam.

http://www.prospect.org/cs/articles?article=tinker_banker_neocon_spy

No comments:

Post a Comment