Monday, October 11, 2010

Tehran : Sokongan Terhadap Palestin Untuk Kepentingan Politik Kami.

Dalam sebuah pendedahan terbaru yang menjelaskan niat Iran terhadap isu Palestin, Ketua Staf Angkatan Bersenjata Iran Jeneral Hassan Fayrouz Abadi berkata : “Sokongan negaranya bagi isu Palestin hanya "sebuah bentuk pelaburan untuk mendapatkan kepentingan Iran di rantau berkenaan dan di pentas antarabangsa."

Dikutip dari laman rasmi Iran, Fayrouz Abadi ketika majlis perpisahan bekas Menteri Pertahanan Iran yang turut disertai menteri barunya, termasuk juga pimpinan senior komander tentera Iran, berkata: "Sokongan terhadap isu Palestin secara politik , kewangan dan propaganda bukanlah sesuatu yang sia-sia dan tinggi nilainya, tidak memaksa kita, tetapi adalah satu bentuk pelaburan untuk mencapai kepentingan serantau dan antarabangsa negara kita. "


Pada masa yang sama ketua turus angkatan tentera dan orang rapat dengan Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei, mengatakan pandangan negaranya terhadap gerakan-gerakan pembebasan dan pejuang-pejuang islam menurut dasar luar negeri Iran, adalah bersandarkan "alasan kemanusiaan semata-matai" dan ianya digabungjalin dengan "tanggung jawab agama dan aqidah negara Iran”.

Pada masa yang sama dia menekankan bahawa "ini adalah pandangan dari aspek yang lain, untuk menjamin keselamatan dan kepentingan kebangsaan negara kita."


Firouzabadi selanjutnya berkata: "Realitinya, rakyat awam dan pejuang-pejuang Palestin dan Lubnan yang dizalimi, telah membayar (melalui perjuangan) untuk kepentingan keselamatan kami dan bangsa kami, pada masa yang tidak melebihi ruang sokongan moral kami kepada mereka."


Ketua Staf Umum Angkatan Bersenjata menegaskan : "Sokongan kita terhadap gerakan-gerakan pembebasan menjadi teras perlindungan Keselamatan Nasional Iran dan meningkatkan kekuatan kami di rantau ini, dalam konteks untuk menjaga keselamatan negara kita dan meluaskan pengaruh kekuatan kita di rantau ini."


Kenyataan-kenyataan ini telah mendedahkan tentang sifat semulajadi hubungan antara Republik Iran dan gerakan pembebasan Palestin, terutamanya selepas pendedahan sebuah akhbar Iran, Jahan News baru-baru ini tentang pertemuan-pertemuan rahsia antara Menteri Sains kerajaan Ahmadinejad dan Menteri "Israel" di Amman, ibu negara Jordan pada tahun 2008.


Pertemuan rahsia antara Menteri Iran – dan Menteri "israel" : Laman-laman web di Iran telah menyiarkan gambar-gambar pertemuan menteri pendidikan Iran era pemerintahan Ahmadinejad dengan rakannya Menteri Israel dalam persidangan ‘Sazami ‘ yang diadakan di Jordan pada tahun 2008, yang menegaskan laporan-laporan menunjukkan wujud kerjasama antara Iran dan negara Zionis secara rahsia.


Laman web "Jahan News" menyiarkan foto-foto Mohammad Mehdi Zahedi, duduk di sebelah menteri "Israel" Ragheb Mujadala, telah menimbulkan keraguan kelompok konservatif Iran dan kumpulan reformis terhadap slogan-slogan ‘menghapuskan Israel’ yang dilancarkan oleh Presiden Iran beberapa masa yang lalu sehingga sekarang.


Menurut laporan "Jahan News," kedua-dua menteri telah bertemu pada 2008 pada persidangan "Sazami" di Jordan. Menteri Iran menyertai perdebatan dengan bekas Menteri Sains "Israel" dan laman itu menjelaskan bahawa pertemuan Zahedi dengan menteri Israel itu telah dirahsiakan dari lensa kamera dan media-media yang berada disebalik pintu yang tertutup.


Menurut laporan itu, walaupun usaha yang dilakukan itu untuk tidak cuba dibocorkan kepada media oleh kerajaan Ahmadinejad, tapi halaman konservatif telah menyiarkan bahawa desas-desus mengenai perlantikan Zahedi sebagai duta besar Iran di salah sebuah negara. Laman itu telah dibayar untuk menyebarkan pertemuan antara kedua pegawai tersebut "Israel" untuk membantu para pegawai Iran membuat pemilihan kabinet dengan memilih calon yang tepat.


Di sisi yang lain, website kumpulan reformis menegaskan bahawa pertemuan antara kedua menteri Iran-Israel itu bukan secara kebetulan, kerana gambar di sampingnya telah menunjukkan wujud orang lain di ruangan pertemuan berkenaan.


Ketika ini Presiden Iran sedang menghadapi tekanan yang besar daripada pelbagai arus kelompok konservatif dan reformis, sama ada kerana krisis yang disebabkan perlantikan presiden Ahmadinejad ataupun perlantikan ahli kabinet yang tidak disukai oleh konservatif, malahan sokongan Nejad untuk melantik besannya, Esfandiar Rahim Mashaei sebagai Timbalan Presiden.


Para pegawai Iran berkeras mereka tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertemuan yang dihadiri oleh wakil-wakil "Israel", sepanjang tahun-tahun selepas revolusi tahun 1979 yang menggulingkan Syah Iran, atlet dari Iran turut enggan tidak menyertai pertandingan jika pasukan, "Israel" turut menyertai.


Ahmadinejad popular dengan pidatonya “- untuk menghapuskan Israel dari peta dunia –“, namun ucapan itu dipadamkan oleh ucapan besannya yang menjawat Timbalan Presiden Iran, Esfandiar Rahim Mashaei menyatakan orang-orang Israel merupakan kawam kepada rakyat Iran.


Para pemerhati menegaskan bahawa hubungan dengan Iran "Israel" sebenarnya rapat, meskipun ahli politik Iran sering melakukan retorik anti-Yahudi untuk memenangi perhatian rakyat awam bagi mengaburi krisis dalaman, ekonomi dan kepentingan politik Iran serantau dan antarabangsa.

http://islammemo.cc/akhbar/arab/2009/09/10/87160.html

No comments:

Post a Comment