Saturday, October 23, 2010

Khomeini Sangat Bencikan Umat Islam

Khomeini menyebut : “Semua orang merasa kerugian di atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”. [Khomeini (Dajjal), al-Hukumah al-Islamiyyah m.s : 128 ]

Syiah juga tidak boleh menjadikan alasan kononnya syiar perayaan Karbala itu terbukti kemujarabannya melalui kelantangan Iran mencabar kebiadapan Amerika Syarikat. Begitu juga kemenangan Hizbullah mengusir Zionis di selatan Lubnan. Jika itu penilaiannya, setujukah jika dikatakan golongan Sunni lebih berhak mendapat pengiktirafan ‘al-haq’ berbanding Syiah kerana sejarah membuktikan Baitul Maqdis hanya berjaya dibebaskan oleh golongan Sunni.

Renungkan! Siapakah orang Islam pertama yang membebaskan Palestin setelah ia di perintah selama 12 kurun oleh kerajaan Babilon, Yunani, Parsi dan Rom? Bukankah beliau ialah Khalifah Islam kedua, Saiyidina Umar al-Khattab ra. Beliaulah yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan merebut kembali Baitul Maqdis melalui satu penyerahan terhormat yang dilakukan oleh Ketua Paderi Safraneus pada tahun ke-17 hijrah bersamaan tahun 638 masihi. Panji Islam terus mengibar di bumi suci ini sehingga 12 kurun lamanya hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan oleh Saiyidina Umar serta usaha yang telah dirintis pada awalnya oleh Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq ra. Lalu apa kata Syiah terhadap sahabat agung ini? Lihat sahaja, bagaimana ketika umat Islam berduka di atas kesyahidan Saiyidina Umar di tangan Abu Lu'luah yang beragama Majusi itu.

Tetapi Syiah sebaliknya merasa gembira dengan tragedi itu. Mereka menggelarkan Abu Lu'luah dengan Baba Syuja'uddin (Wira Agama) sebagai menghargai keberaniannya. (Ringkasan Syiah Mazhab Imam Dua Belas: Shah AbdulAziz al-Dahlawi. DBP. hal. 455).

Ali bin Muzahir al-Wasiti meriwayatkan daripada Ahmad ibn Ishaq (seorang tokohSyiah di Qum dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Hasan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata,"Hari ini (hari Abu Lu'luah membunuh Sayyidina Umar) adalah hari raya besar, hari kebangsaan, hari berkat dan hari hiburan. " Adakah ini balasan Syiah kepada seorang wira agama yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin? Perhatikan pula, siapakah yang telah membebaskan Palestin buat kali kedua selepas ia jatuh ke tangan tentera Salib pada 15 Julai 1099?

Sejarah mencatatkan sewaktu penaklukan berlaku, tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan teramat ganas. Mereka turut membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan yang melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksidan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru,siapakah akhirnya yang telah membebaskan bumi suci ini daripada tentera Salib? Adakah ia seorang Syiah? Sekali-kali tidak! Malah beliau ialah seorang pejuang Ahli Sunnah tulen iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Baginda lahir pada tahun 1138M. Keluarga Salahuddin merupakan keturunan yang taat beragama dan berjiwa pahlawan. Kelahiran Sultan Salahuddin al-Ayyubi ke dalam dunia Islam telah memberikan kekuatan baru kepadaumat Islam pada zaman tersebut.

Akhirnya pada hari Jumaat 27 Rejab 538H Sultan Salahuddin bersama kaum Muslimin telah berjaya memerdekakan Baitul Maqdis. Iaitu setelah hampir 92 tahun kota tersebut ditakluk oleh tentera Salib. Dalam pada itu, Sultan Salahuddin tidak pernah melupai peranan Syiah Fatimiyyah Mesir yang menyumbang kepada kejatuhan Palestin ke tangan tentera Salib. Kerana itu, sebelum melancarkan perang ke atas tentera Salib, beliau terlebih dahulu membersihkan bumi Mesir daripada golongan Syiah Fatimiyyah.Sejarah membuktikan bahawa di Tripoli, Ibnu Ammar, seorang hakim dan salah seorang pengikut Fatimiyyah telah mengirim delegasi kepada tentera Salib dan mengutarakan keinginan untuk bekerjasama dengan mengusulkan agar mereka(tentera Salib) dapat memerangi puak Saljuk supaya nanti wilayah utara Syria berada di bawah kekuasaan tentera Salib dan Palestin di bawah dominasi Syiah Fatimiyyah.

Namun, setelah pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan, tentera Salib berjaya menduduki Ramallah, Lod dan Bethlehem. Pada 7 Jun 1099, pengepungan wilayah Baitul Maqdis dilakukan. Akhirnya kota ini dikuasai oleh tentera Salib pada 15 Julai 1099 iaitu ketika di bawah penguasaan Iftikhar al-Daulah, penguasa daripada kerajaan Syiah Fatimiyyah. Apakah Syiah tidak mengetahui sejarah ini? Golongan Sunni juga mustahil untuk melupakan pengkhiatan Syiah terhadap kerajaan Bani Abbasiyyah. Dua orang Syiah yang menjadi menteri kepada Khalifah al-Musta’sim Billah, iaitu Muhammad ibn al-‘Alqami dan Nasiruddin al-Tusi adalah manusia yang bertanggungjawab di atas pembunuhan umat Islam secara besa-rbesaran oleh tentera Monggol selama 40 hari berturut-turut. Setelah itu, kedua-dua mereka dilantik menjadi menteri kepada Hulagu sebagai ganjaran menjayakan misi menjajah Baghdad. Ibnu Kathir menyebut, jumlah korban pada saat itu mencecah keangka 800,00 atau satu juta orang.Malangnya, pengkhianatan yang dilakukan oleh kedua-dua manusia ini, mendapatpengiktirafan dan penghargaan daripada pemimpin agung Syiah, al-Khomeini. Sebagai contoh, dalam bukunya al-Hukumah al-Islamiyyah halaman 128, al-Khomeini menyebut, “Sekalian orang merasa kerugian di atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.

Jelas sekali Khomeini seperti ulama'-ulama' Syiah terdahulu hanya menerima Syiah Rafidhah (Imamiyyah) sebagai umat Islam dan meyakini bahawa Ahli Sunnah sebagai bukan dari umat Islam. Alangkah jahilnya sebahagian ulama' dan ahli-ahli ilmu yang masih membutakan hati mereka terhadap aqidah sebenar musuh Allah dari agama Yahudi bernama Rafidhah ini - pen.

petikan dari - http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/Jawab%20Syiah.pdf

No comments:

Post a Comment