Dalam temu bual dengan akhbar al-Sharq al-Awsat, bekas setiausaha Agung Hizbullah, Sheikh Subhi al-Tufayli menjelaskan, "kebanyakan militia-militia Syiah Iraq yang berperang di bawah panji militan Iran terlibat bekerjasama dengan pihak Amerika. Iranlah yang menyuruh pimpinan politik Syiah menerima kerajaan baru Iraq dan menggesa supaya mereka menganggotai kerajaan tersebut".
Ketika ditanya apakah pandangan beliau tentang “bekerjasama dengan Amerika” itu tidak bertentangan dengan tekanan yang dikenakan oleh Amerika dan Barat terhadap Iran?
Jawab beliau : "Semoga kita tidak tertipu diri kita sendiri. saya tegaskan, tidak diragui lagi di sana terdapat rundingan Amerika dengan Iran yang bermula sebelum Iraq dijajah. Rombongan SCIRI yang menyokong Iran telah berkunjung ke Washington bagi tujuan ini. Militia-militia syiah di Iraq adalah sebahagian dari anggota kerajaan yang disusun oleh Amerika di Iraq. Sehinggakan salah seorang khatib besar Jumaat di Tehran berkata dalam khutbah Jumaat bahawa jika tidak kerana Iran, nescaya tentera Amerika telah tenggelam di Afghanistan. Orang-orang Iran mempermudahkan urusan orang-orang Amerika memasuki Afghanistan sehingga sekarang. Adapun perdebatan mengenai penahanan bekas duta di sana, atau mengenai senjata nuklear di sana ia adalah termasuk dalam usaha Amerika untuk memperbaiki syarat kerjasama dengan Iran. Pro-syiah yang digunakan di Iran sekarang untuk menyokong projek-projek Amerika di Afghanistan..
[ Sumber : Amin al-Am al-Asbaq li Hizbullah : Iran Khatarun ‘ala al-Tashayyu’ fi al-Alam, Al-Sharq al-Awsat , 26 September 2003 ]
No comments:
Post a Comment