Pada hari Selasa, Timbalan Presiden Amerika Joe Biden mempertahankan usaha Amerika mendekati Iran dalam masa yang sama memberi jaminan bahawa kumpulan pro-pelobi Israel terus kekal sebagai ‘sekutu yang kekal’ bagi Amerika.
Dalam ucapannya kepada American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) sebuah kumpulan pelobi Yahudi yang berpengaruh di Washington, Biden berkata pemilihan Obama sebagai presiden merupakan seruan pengundi-pengundi di Amerika “untuk perubahan trajektori dunia yang sedang berlaku” tetapi komitmen Amerika kepada Israel tetap menjadi “prinsip penting yang kekal” dan tidak akan berubah.
Biden berkata sebarang perubahan polisi luar di Timur Tengah tidak akan membahayakan keselamatan Israel.. “Semua tujuan baik semasa dekad yang lalu tidak memberikan keputusan yang lebih selamat, kestabilan Timur Tengah”, kata Biden. “Di sana mesti ada satu tempat untuk orang-orang Yahudi pergi dan tempat berkenaan semestinya Israel (tanah yang dirampas dari orang-orang Palestin)”.
Biden selanjutnya berkata, “usaha-usaha untuk memaksa Iran menghentikan cita-cita nuklearnya terus menjadi rumit, tetapi senjata nuklear Iran akan membawa risiko perlumbaan senjata di rantau berkenaan”.
“Sebab itulah kami cuba berhubung dengan Iran secara langsung, menerusi demokrasi berprinsip dengan Iran, dan permulaannya Amerika akan merapati Iran dengan satu kepercayaan yang penuh rasa hormat antara satu sama lain”.
Biden juga menekankan kepentingan penyelesaian masalah palestin dengan mengatakan, perjanjian damai Israel-Palestin akan dapat dicapai. “Fakta yang menyatakan keamanan tidak pernah berlaku tidak bermakna keamanan tidak akan berlaku” kata Biden, Israel dan jiran Arabnya mempunyai kesamaan kepentingan untuk membawa keamanan di Timur Tengah yang sedang diusahakan, tambah Biden.
" Kemajuan terhadap keamanan hanya akan boleh berlaku bilamana manusia … berharap untuk berfikir secara cukup berbeza iaitu ; untuk mengambil risiko ; untuk mengusahakan kompromi secara berprinsip” kata Biden. Sekarang adalah masa untuk bekerjasama untuk menjanjikan hari yang lebih baik, dan untuk kejayaan, kekuatan serta keselamatan untuk sekutu tetap kami, Israel”.
[ The Post Chronicle, 5 May 2009 ]
http://dajjalmajusi.blogspot.com/2009/05/joe-biden-usaha-usaha-iran-tidak-akan.html

No comments:
Post a Comment