Tuesday, December 21, 2010

Satu Projek Nak Tipu Umat Islam ?

Kenapalah harakahdaily siar artikel ini di bawah ini. Buat apa nak pening-pening kepala pusing sana pusing sini kalau nak tahu aliran itu sesat atau tidak. Projek nak tipu umat Islam kah? Orang jahil tak mengaji macam saya pun tahu kalau orang mengkafirkan khalifah yang tiga, memang confirm sesat. Kalau aliran itu mengkafirkan isteri-isteri Rasulullah s.a.w., memang pasti mereka itu menyeleweng.. Kalau aliran itu mengkafirkan seluruh sahabat Rasulullah s.a.w. melainkan 3 atau 4 orang sahaja, tak kanlah kita nak kata aliran itu tak sesat. Itu baru sikit saya senaraikan.

Aduhh! Ada lagi orang nak tipu umat Islam tentang Syiah dengan cara kuno macam ni... Ha ha ha..

Untuk ABu Bakar Abdullah dan gang harakahdaily yang lulus terbitkan artikel di bawah ini, kita hadiahkan klip video berikut:

Video 1:


Video 2:









Syiah: Keliru fatwa Jakim
Abu Bakar Abdullah

Nama saya Abu Bakar Bin Abdullah. Saya tinggal di Shah Alam, Selangor. Saya ingin komen mengenai tangkapan kira-kira 200 pengikut syiah yang heboh dilaporkan dalam media tempatan baru-baru ini.

Sebagaimana masyarakat Melayu yang lain saya adalah pengikut setia Imam Syafie dan bermazhab Ahlussunah Wal Jamaah. Yang mengelirukan saya ialah sejak akhir-akhir ini pihak JAIS dan pelbagai pihak yang mewakili Kerajaan Malaysia kita telah membuat berbagai kenyataan tentang Mazhab Syiah.

Melalui internet saya telah membuat sedikit pembacaan yang mana saya dapati kebanyakkan penganut Syiah yang ada di serata dunia adalah berfahaman Imamiah Isna Asyariah atau mempercayai selepas Rasulullah mereka harus mentaati 12 orang Imam dari kalangan keluarga Nabi SAW bermula daripada Saidini Ali, Saidina Hassan, Saidina Hussain dan anak cucu Saidina Hussain sehinggalah Imam Mahdi iaitu Imam yang kedua belas.

Syiah Imamiah merupakan ikutan majoriti rakyat di negara-negara seperti Iran, Iraq, Azerbaijan, Bahrin, Negara Arab Emirate. Mereka juga ramai di Pakistan iaitu hampir 45 juta, di India hampir 50 juta, di Kuwait, Syria, Turki dan Lubnan juga mereka ramai walaupun tidak majoriti. Di negara-negara Arab seperti Mesir, Magribi, Tunisia, Algeria jumlah mereka semakin meningkat dan mendapat populariti. Di negara-negara Afrika juga begitu, malah di Nigeria jumlah mereka telah meningkat hampir 5 juta orang. Boleh dikatakan pengikut Syiah Imamiah ini di serata dunia jumlah mereka sekitar dalam lingkungan 300 juta hingga 450 juta orang daripada 1.2 billion penduduk Islam di serata dunia.

Yang menjadi kemusykilan dan kekeliruan saya adalah Fatwa Jakim yang telah menyenaraikan mereka sebagai ajaran sesat dan kenyataan ulama-ulama kita yang menyatakan bahawa mereka menghalalkan darah pengikut Ahlussunah, menunaikan Haji adalah tidak wajib bagi mereka, Jibrail tersilap menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya kepada Saidina Ali, perkahwinan syiah dan sunnah tidak sah dan akan melahirkan anak zina, syiah ada Quran lain dan berbagai-bagai lagi.

Ketika saya berada di Mekah untuk menunaikan Haji beberapa tahun yang lepas, saya sempat bertanya kepada jemaah Syiah Iran, Iraq dan Lubnan soalan-soalan ini kepada mereka tetapi mereka menafikan kesemuanya. Adakah mereka bertaqiyah atau kita yang jahil dan suka mendengar dari orang-orang lain tanpa membuat kajian terlebih dahulu tentang mazhab mereka? Saya juga sempat meminjam Quran yang dibawa oleh mereka ternyata langsung tidak ada beza dengan Quran Mushaf Uthmani yang dibaca oleh kita semua.

Yang lebih mengelirukan saya apabila saya melayari internet saya dapati ulama-ulama besar Ahlussunah Wal Jamaah seperti Dr Yussof Qardhawi, al Marhum Syeikh Tantawi bekas Rektor Universiti al Azhar, Mufti Mesir, Mufti Syria, Mufti Lubnan, Mufti Pakistan, Mufti Turki dan ramai lagi ulama-ulama Ahlussunah yang telah mengeluarkan Fatwa bahawa Syiah Imamiah adalah Islam sebagaimana mazhab-mazhab lain di dalam Mazhab Ahlussunah, tidak sesat kafir sebagaimana yang kita maklum atau sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Bukan niat saya untuk melawan atau mengingkari Majlis Fatwa Kebangsaan negara kita, cuma saya sebagai orang awam yang cetek Ilmu Islam ini menjadi keliru kerana ulama-ulama di luar negara yang terkenal alim dan mempunyai ilmu Islam yang tinggi dan luas seperti Dr Yussof Qardhawi, para ulama (seperti Sheikh Tantawi, Sheikh Syaltut, Sheikh Fahmi dan ramai lagi) dari Universiti Al-Azhar di Kaherah tidak pula memfatwakan Syiah Imamiah sebagai sesat, kafir dan menyeleweng tetapi ulama-ulama kita di dalam Majlis Fatwa pula adalah sebaliknya.

Yang lebih mengelirukan saya juga, ialah Kerajaan Arab Saudi sehingga sekarang masih membenarkan jemaah Syiah dari Iran, Iraq, Lubnan dan sebagainya untuk menunaikan Haji di Mekah walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan kita telah memfatwakan Syiah Imamiah sebagai sesat dan menyeleweng. Malah ada ulama kita yang mengkafirkan mereka dengan mengatakan bahawa perkahwinan antara orang syiah dan sunnah adalah tidak sah dan anak yang lahir pula adalah merupakan anak zina.

Atau adakah mungkin ulama-ulama kita lebih alim dari ulama-ulama di luar negara di atas dan lebih memahami Syiah dari mereka?

Saya juga keliru apabila mendapati di dalam internet ada Deklarasi Amman di Jordan (pada sekitar tahun 2005) oleh negara-negara yang menjadi ahli OIC dengan kehadiran lebih dari 500 delegasi dan alim-ulama dari serata dunia yang mengiktiraf 8 Mazhab Islam yang mana Syiah Imamiah juga diiktiraf sebagai mazhab Islam. Perjumpaan ini kemudiannya telah dilanjutkan di Jeddah, Arab Saudi yang mana pengiktirafan yang sama telah dibuat oleh kesemua negara-negara OIC. Malaysia juga sebagai ahli tetap negara-negara OIC telah juga mengiktiraf Syiah Imamiah sebagai Mazhab Islam. Pelik, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pula menfatwakan Syiah Imamiah sebagai sesat, menyeleweng dan kafir di bumi sendiri. Kenapa pula kita tidak mempertahankan sahaja atau menwar-warkan sahaja Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia kita mengenai Syiah Imamiah di peringkat OIC atau antarabangsa?? Kenapa perlu ada “double standard?” Atau ulama-ulama kita sendiri tidak yakin dengan fatwa kita sendiri di peringkat antarabangsa? Wallahu a’lam [harakahdaily.net]


http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6155

2 comments:

  1. tepuk dada tanya iman .........

    kalau tak siar nanti kata apa lak , tak terbuka laaa berat sebelah laaa , ada2 saje . tujuan disiarkan adalah kerana untuk memberi peluang seseorang itu meluahkan apa yang dirasa betul , pendapat , nah sekarang tuan blog telah menyangkal apa yg dipikirkan betul itu dengan memberi dalil or bukti2 samaada dari video , surat , or hasil tulisan . Apa pun saya ingin menucapkan terima kasih kerana sebelum nie ( selepas membaca artikel ini dalam harakahdaily) ingat mazhab syiah ini betul tetapi apa bila melihat bukti2 yg telah diberi tanggapan saya telah berubah . thanks

    ReplyDelete
  2. artikel ni diambil dr sahabat2 di al-ahkam.net, bukan tulisan saya seperti sumber yg saya petik di atas

    ReplyDelete