Tuesday, December 21, 2010

Buku Yang Mesti Di Miliki Untuk Mengenali Kedudukan Ajaran Syiah

DI ANTARA KECUAIAN ‘ULAMA’ DAN KEBINGUNGAN UMMAH
- MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF

Pengarang: Maulana Muhammad Asri Yusoff
Penerbit: Pustaka Bisyarah,Lot 1503 Taman Seri Demit,

Jalan HUSM 16150 Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
Tebal; 110 mukasurat,
Harga : RM 10.00




Sinopsis:

Sebenarnya buku ini ditulis hampir dua puluh tahun lalu susulan polemik Sunnah Syi’ah yang telah berlaku antara penulis dangan Hassan Salleh dan beberapa orang Syi’ah lain di dalam akhbar Watan yang kemudiannya terhenti. Ia terhenti dengan diakhiri maqalah seorang Syi’ah bernama Mustafa Harun ( Nama samaran? ) yang tidak dapat dijawab oleh penulis berikutan akhbar berkenaan tidak lagi mahu melanjutkan polemik tersebut.

Oleh kerana pada ketika itu penulis tidak mempunyai saluran lain untuk menjawab kekeliruan-kekeliruan dan kekarutan-kekarutan yang ditaburnya di dalam maqalahnya, maka penulis telah bertindak menulis buku ini dengan tidak lagi terikat kepada perbahasan-perbahasan yang telah berlarutan di dalam ;polemik sebelumnya malah sebaliknya penulis menekankan dan memfokuskan kepada pengenalan ajaran Syi’ah itu sendiri yang tidak diketahui masyarakat umum di samping mengemukakan pandangan-pandangan dan fatwa-fatwa yang telah diberi oleh ‘ulama’ Islam yang mu’tabar tentang Syi’ah di sepanjang sejarah ummat.

Tajuk buku ini tepat sekali dengan keadaan masyarakat Islam setempat khasnya dan di seluruh dunia ‘amnya terutama pada ketika ia mula-mula diterbitkan kerana rata-rata ‘ulama’ Islam cuai dalam menangani persoalan ini manakala ummat pula benar-benar kebingungan dalam menghadapinya.

Ketika itu belum lagi keluar fatwa Majlis Kebangsaan atau mana-mana institusi agama Islam yang lain di tanah air kita tentang sesat atau tindaknya ajaran Syi’ah yang digembar-gemburkan oleh pengembang-pengembangnya di seluruh Nusantara. Penulis malah dijadikan bahan ejekan dan momokan pengikut-pengikut Syi’ah kerana sering mereka mengatakan bahawa tidak ada satu pun Majlis Agama atau mana-mana badan keagamaan lain menyenaraikan Syi’ah sebagai satu ajaran sesat dan menyeleweng. Hanya penulis dan segelintir peribadi jua yang beria-ia sangat meniupkan semangat anti Syiah dikalangan masyarakat!.

Sekarang setelah keluarnya fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan juga fatwa dari Majlis-majlis Ugama Islam di setiap negeri berhubung dengan kesesatan dan kekufuran Syi’ah di samping kesedaran yang agak meluas di kalangan ‘Ulama’ dan masyarakat, keadaan telah banyak berubah . Buku-buku yang mendedahkan kebathilan Syi’ah karangan ‘ulama’ Arab dalam bahasa ‘Arab juga sudah berlambak-lambak. Jawapan-jawapan kepada buku-buku propaganda Syi’ah seperti buku “Dialog Sunnah Syi’ah” dan buku “Akhirnya Ku Temui Kebenaran” telah diterbitkan dan disebarkan secara meluas. Namun kita tidak dapat mengatakan segala-gala permasalahan telah selesai , contohnya Syi’ah tidak wujud lagi di bumi Malaysia ini, semua ‘ulama’ sudah tidak cuai lagi dan ummat pula sudah tidak kebingungan lagi justeru masih ramai ummat yang terus kebingungan dan tidak kurang pula bilangan ‘ulama’ yang terus cuai, meskipun telah terbit fatwa-fatwa tadi dan telah banyak pembongkaran hakikat ajaran Syi’ah telah dibuat oleh para ‘ulama’ kita di seluruh dunia.

Buku ini telah menjelaskan dengan terperinci tentang :-

� Apakah ajaran Syi’ah itu dan siapakah Syi’ah Rafidhah?

� Adakah Syi’ah merupakan satu daripada mazhab-mazhab dalam Islam atau ia merupakan agama yamg tersendiri?

� Apakah punca kekeliruan sesetengah ‘ulama’ tentang Syi’ah dan bilakah bermula usaha-usaha pendekatan antara Sunnah dan Syi’ah?

� Apakah cara-cara yang biasa digunakan oleh pengembang-pengembang Syi’ah untuk mengeliru dan membingungkan ummah?.

� Akhir sekali apa pula pandangan-pandangan dan fatwa-fatwa ‘ulama’ mu’tabar di sepanjang sejarah tentang Syi’ah?


Untuk pembelian :
Kepada sesiapa yang berminat membeli buku ini sila email huzayfah2009@gmail.com atau hubungi pihak http://darulkautsar.net



ISIKANDUNGAN

1. Prakata Edisi Ke Empat
2. Muqaddimah
3. Aliran-Aliran Syi'ah
4. Sikap 'Ulama' Islam Dahulu Terhadap Syi'ah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah
5. Kitab-Kitab Terpenting Syi`ah Disembunyikan
6. Buku-Buku Kritik Terhadap Syi'ah Tulisan `Ulama Dahulu
7. Tarikh Terdedahnya Kitab Syi'ah Kepada Umum
8. Buku-Buku Kritik Terhadap Syi'ah Oleh 'Ulama'-'Ulama' Sunnah India Sebelum Revolusi Iran
9. Tokoh-Tokoh 'Ulama' Islam Yang Menulis Khusus Untuk Mengkritik Dan Mendedahkan Ajaran Syi'ah Selepas Revolusi Iran
10. Adakah Syi`ah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah Rafidhah?
11. Hubungan Antara Rafidhah Dengan Syi`ah
12. Persamaan Antara Syi'ah Imamiyyah Ithna Asyariyyah Dengan Rafidhah
13. Syi`ah Dan AI-Qur'an
14. Syi'ah Dan Sahabat
15. Syi'ah Dan Rajah
16. Syiah Dan lmamah
17. Syi'ah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah Adalah Rafidah
18. Rafidhah Dalam Hadits-Hadits Rasullah S.A.W
19. Sebab-Sebab Perbezaan Pendapat Di Kalangan Ulama' Mutakhir Tentang Syiah
20. Kebimbangan Tokoh-Tokoh Ahlus Sunnah Tentang Usaha-Usaha Pendekatan Syi`ah — Sunnah
21. Kenapa 'Ulama' Benua Kecil India Tidak Menyetujui Usaha-Usaha Pendekatan Sunnah — Syi`ah Oleh Dar At-Taqrib
22. Di Antara Sebab-Sebab Sesetengah `Ulama' Terkeliru Dengan Syi`ah
23. Menjadikan Sejarah Sebagai Nas
24. Rujukan Sejarah
25. Fatwa Benua Kecil India Tentang Kekufuran Syi`ah
26. Sikap `Ulama' Tanahair Kita Terhadap Syi`ah
27. Penutup
28. Lampiran 1
29. Lampiran 2
30. Lampiran 3

darulkautsar

No comments:

Post a Comment