Thursday, December 23, 2010

Pergerakan Syiah rosakkan akidah umat

TINDAKAN Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan menangkap kira-kira 200 pengikut Syiah di Taman Seri Gombak, Selangor baru-baru ini sangat bertepatan dengan keadaan semasa kerana pergerakan Syiah di Malaysia sangat membimbangkan dan membahayakan akidah umat Islam di negara ini.

Sememangnya pergerakan Syiah sangat merisaukan masyarakat kerana fahaman itu disebarkan secara meluas kepada umum menerusi media, sebahagian buku agama, novel sastera dan media elektronik.

Begitu ramai pemuda Syiah Melayu menghasilkan blog dan berkampung dalam laman facebook tanpa segan silu menyebarkan ketaksuban mereka kepada imam dan tokoh Syiah dari Iran, di samping mempromosikan revolusi Iran serta kehebatan Iran dalam perang retorik Asia Barat menentang Amerika dan Israel.

Usaha menghujah ahli Sunnah dengan fakta putar belit lagi ganjil dan palsu serta perbuatan memperlekehkan tokoh ulama dan negara ahli Sunnah sangat ketara kelihatan dalam blog dan facebook dengan menyerang sejarah umat Islam serta memburuk-burukkan sahabat nabi dan ulama Sunnah.

Dalam semua aktiviti berkenaan mereka sangat berusaha menunjukkan bahawa diri mereka adalah pembela Hussein yang menentang musuh-musuh mereka (ahli sunnah) yang digelar sebagai ejen Yazid dan Muawiyyah.

Jika kita menyedari sejarah isu Syiah di negara ini, selepas beberapa individu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh pihak berkuasa pada 1997, perkembangan Syiah di negara begitu mendadak berkembang pada 2000 selepas beberapa pemimpin mereka yang ditahan dibebaskan.

Ini dibuktikan wujudnya beberapa markas pengajian (hauzah) Syiah di Gombak, Johor Bahru, Pendang, Kangar dan Klang. Kini mereka sedang mengusahakan sebuah pusat pengajian terbesar mereka di Lembah Klang dengan kerjasama usahawan Iran.

Kita mengharapkan tindakan JAIS itu memberi momentum baru kepada kesedaran semua pihak baik pihak berkuasa mahupun semua lapisan masyarakat terhadap bahayanya Syiah.

Sungguhpun mereka dianggap masih belum mengancam keselamatan negara, mahukah kita memiliki tentera Syiah seperti berlaku di Yaman yang memberontak terhadap kerajaan dengan sokongan sebuah negara penaung Syiah? Kita juga tidak mahu melihat perayaan Asyura Karbala dilakukan secara terbuka di Malaysia.

Ulama dan guru agama memiliki tanggungjawab menyelongkar kitab utama Syiah, mengenali perawi dan disiplin ilmu agama Syiah dan menjelaskan kepada masyarakat bagaimana ia menyimpang daripada Islam serta bahayanya kepada umat Islam di negara ini.

Saya menyokong pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menegaskan Syiah perlu dicegah sebelum kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa pada masa akan datang.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PergerakanSyiahrosakkanakidahumat/Article

LUBNA SALMA,
Kajang.

Berita Harian 23/12/2010

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PergerakanSyiahrosakkanakidahumat/Article

No comments:

Post a Comment