Monday, November 8, 2010

AS enggan ancam Iran

MELBOURNE: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates, semalam menolak gesaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya Washington mengeluarkan ancaman ketenteraan ke atas Iran bagi memastikan negara itu tidak menghasilkan senjata nuklear.

“Kami tahu Iran bimbang terhadap kesan sekatan yang dikenakan. Sekatan itu memberi kesan lebih hebat daripada apa yang mereka jangka dan kami berusaha memastikan ia dilaksanakan.

“Jadi, saya tidak akan bersetuju dengan pandangan bahawa hanya ancaman ketenteraan dapat hentikan Iran daripada terus melaksanakan program nuklearnya,” kata Gates kepada wartawan ketika mengunjungi Australia untuk mengadakan rundingan keselamatan.
Gates berkata, Amerika bersedia melakukan segala perkara yang perlu tetapi pada tahap ini Washington percaya pendekatan ekonomi dan politik yang diambil berjaya memberi kesan kepada Iran.

Ahad lalu, seorang pegawai kanan Israel berkata, Netanyahu memberitahu Naib Presiden Amerika, Joe Biden bahawa ancaman ketenteraan mampu menghentikan Iran daripada menghasilkan senjata nuklear.

Pegawai itu yang tidak mendedahkan namanya memetik Netanyahu sebagai berkata kepada Biden: “Satu-satunya cara bagi memastikan Iran tidak akan menghasilkan senjata nuklear ialah dengan mewujudkan ancaman melalui tindakan ketenteraan jika ia enggan menghentikan program menghasilkan bom nuklear. – AFP

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ASengganancamIran/Article

No comments:

Post a Comment