Monday, December 20, 2010

Syiah Melayu Pening-Pening Lalat Dengan Kenyataan Menteri JPM

Saya ada membaca beberapa posting kaum Syiah al-Rafidhah Melayu tentang kenyataan Dato' Seri Jamil Khir berkenaan isu Syiah. Mereka seolah-olah mengatakan bahawa Dato' Seri mengiktiraf Syiah dan tidak menghalang pengamalan 'agama' itu di Malaysia. Mereka berhujah dengan kenyataan Dato' Seri:

"YAN 19 Dis. - Malaysia bersikap terbuka dengan mana-mana ajaran termasuk fahaman Syiah yang diamalkan di negara lain atas dasar menjaga hubungan diplomatik..."

dan:

"Dalam konteks perhubungan diplomatik atau sesama negara, kita sentiasa terbuka dengan mana-mana (fahaman). Di Malaysia, kita daripada awal lagi amat memahami dan menyedari keunikan negara ini yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya."

Kenyataan Dato' Seri di atas ialah benar, tetapi malangnya, mereka tidak meletakkan keseluruhan kenyataan Dato' Seri. Mereka hanya membawakan kenyataan yang agak 'membela' mereka. Di sini, saya bawakan kenyataan penuh Dato' Seri Jamil Khir

____________________________________________________________________________________

Malaysia hormati ajaran Syiah di negara lain

YAN 19 Dis. - Malaysia bersikap terbuka dengan mana-mana ajaran termasuk fahaman Syiah yang diamalkan di negara lain atas dasar menjaga hubungan diplomatik tetapi tidak membenarkan ia disebarkan di negara ini kerana boleh mengancam keharmonian rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, fahaman Syiah tidak sesuai dianuti oleh masyarakat Islam Malaysia yang berpegang kepada mazhab Imam Syafie kerana kebanyakan amalan ajaran itu bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah yang diktiraf negara.

"Dalam konteks perhubungan diplomatik atau sesama negara, kita sentiasa terbuka dengan mana-mana (fahaman). Di Malaysia, kita daripada awal lagi amat memahami dan menyedari keunikan negara ini yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya.

"Daripada bangsa yang pelbagai ini pula dalam konteks Islam ada yang bermazhab Hanafi, Hambali, Shafie dan Maliki. Kita tidak mahu ia menimbulkan sensiviti di kalangan orang Islam maka mazhab Syafie dijadikan pegangan rasmi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan bantuan pakaian seragam sekolah kepada seramai 415 pelajar dalam Parlimen Jerai anjuran Majlis Pengakap Daerah Yan dengan kerjasama UMNO bahagian itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, di sini hari ini.

Menurut Jamil Khir, penyebaran fahaman Syiah dikhuatiri bukan sahaja menyebabkan perpecahan bahkan permusuhan sebagaimana terjadi di negara-negara lain sehingga berlaku pertumpahan darah apabila penganutnya menterjemahkan fahaman itu dalam bentuk tindakan.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan menerusi bantuan majlis agama Islam di setiap negeri cuba mencegah penularan ajaran berkenaan dari peringkat awal lagi supaya ia tidak berakar umbi dalam masyarakat.

"Majlis agama Islam di seluruh Malaysia mempunyai peruntukan yang tidak membenarkan mengajar dan menyebarkan ajaran, menyimpan maklumat serta risalah yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah.

"Ini kebaikan di Malaysia kerana kita sentiasa pantau, ia tumbuh sahaja, terus ambil tindakan. Kalau tunggu sehingga sudah berakar umbi, pokok itu sudah bertunjang, ia akan bagi masalah kepada kita," katanya.

UTUSAN MALAYSIA:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

__________________________________________________________________________________

Beberapa poin penting kenyataan Dato' Seri ialah:

[1.] ...tidak membenarkan ia disebarkan di negara ini kerana boleh mengancam keharmonian rakyat.

[2.] ... penyebaran fahaman Syiah dikhuatiri bukan sahaja menyebabkan perpecahan bahkan permusuhan sebagaimana terjadi di negara-negara lain sehingga berlaku pertumpahan darah apabila penganutnya menterjemahkan fahaman itu dalam bentuk tindakan.

[3.] Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan menerusi bantuan majlis agama Islam di setiap negeri cuba mencegah penularan ajaran berkenaan dari peringkat awal lagi supaya ia tidak berakar umbi dalam masyarakat.

[4.] "Majlis agama Islam di seluruh Malaysia mempunyai peruntukan yang tidak membenarkan mengajar dan menyebarkan ajaran, menyimpan maklumat serta risalah yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah.

[5.] "Ini kebaikan di Malaysia kerana kita sentiasa pantau, ia tumbuh sahaja, terus ambil tindakan. Kalau tunggu sehingga sudah berakar umbi, pokok itu sudah bertunjang, ia akan bagi masalah kepada kita," katanya.

WWW.SYIAHMALAYSIA.BLOGSPOT.COM

No comments:

Post a Comment