Thursday, October 7, 2010

Polisi Bush : “ Israel Raya ”

Akhbar American Free Express, media terkenal mendedahkan konspirasi pelobi Yahudi di Amerika telah menyatakan secara terang-terangan bahawa dasar Bush merupakan sebahagian dari rancangan untuk merealisasikan impian Zionis untuk Israel Raya. Menurut laporan akhbar berkenaan : bersama-sama kekuasan fanatik militan imperial Zionisme, Big Oil sedang merancang serang-serangan untukmenguasai kekayaan minyak seluruh Timur Tengah. Impian syarikat minyak antarabangsa anglo-Amerika untuk mengenepikan rakan kongsi mereka di dinasti Arab yang kaya minyak dan mengawal kawasan minyak. Raja minyak mahukan minyak untuk diri mereka sahaja.

Pada masa yang sama fanatik Zionis (Kristian Kanan dan Yahudi) mengimpikan penghapusan negara Arab dan mengembangkan sempadan Israelkepada Isreal Raya yang merangkumi dari Nile (Sg. Nil, Mesir) ke Euphrates (Sg. Furat, Iraq). Dengan adanya penumpuan kepentingan – berasaskan campuran ideologi kepentingan dan kuasa geopolitik – Zionisme dan Big Oil telah menemui persamaan. Dengan itu mereka mengusahakan hegemoni Timur Tengah ke atas kekayaan minyak dunia Arab. Kempen menentang Iraq hanyalah permulaan.

Hakikat bahawa negara-negara Arab Timur Tengah yang lain bertegas menentang rancangan serangan ke atas Iraq telah menjadikan mereka musuh yang perlu diselesaikan segera. Aspirasi lama Zionis untuk “Israel Raya” kini hanyalah sebagai memayungi konglomerat minyak untuk merampas kuasa sepenuhnya ke atas minyak Arab, secara mutlak. Langkah pertama adalah menghapuskan Saddam Husein. Iraq hanyalah domino pertama yang dirancang kejatuhannya. Negara Arab lain pula akan menyusul. Menjatuhkan rejim Arab yang memerintah akan memuaskan hati pendokong tegar Israel dan juga menjadi medan konglomerat minyak untuk mengawal minyak Timur Tengah. Sememangnya disengajakan, pentadbiran Bush menjadi enjin untuk mencapai matlamat itu. Keturunan keluarganya yang menjadi sebahagian daripada komplot jahat elit minyak Anglo-Amerika. Bush sama seperi ayahnya (Presiden Bush Tua) telah bersekutu dengan Israel.


Sumber : Micheal Collins Piper, The High Priest of War. terj. Dalang-Dalang Peperangan, penerbit : Saba Islamic Media ; 2006. m.s : 56-57.

No comments:

Post a Comment