Monday, October 18, 2010

Dr. Ahmad Chalabi dan Penjajahan Iraq 2003 (Bahagian 1)

Jika T.E Lawrence of Arabia masih hidup di kalangan neo-konservatif pada abad ke-21 , nescaya dia akan menjadi kawan rapat kepada Ahmad Chalabi. Chalabi, ketua pertubuhan Iraqi National Congress (INC) berpengakalan di London merupakan barisan depan kepada penjelmaan terkini strategi jangka panjang kumpulan neokonsevatif untuk melukis semula peta kekayaan minyak Timur Tengah – menempatkan askar-askar Amerika dan syarikat-syarikat minyak Amerika – sepenuh kawalan di kawasan simpanan minyak Teluk Parsi, dan menggunakan minyak sebagai pencetus kepada peningkatan strategik pemerintahan global Amerika. Seperti keberanian Lawrence semasa era Perang Dunia Pertama yang membantu Britain membina semula kehancuran empayar Uthmaniyyah, pertubuhan INC pimpinan Chalabi yang ditaja oleh Amerika, berharap untuk membina negara mereka melalui usaha-usaha mereka.

“Pengusiran Saddam oleh Amerika terutamanya dengan peluang bersejarah ini, akan menyaksikan bakal berlaku peristiwa yang lebih besar seperi yang berlaku semasa kejatuhan empayar Uthmaniyyah di Timur Tengah dan kemasukan tentera British ke Iraq pada 1907 ”, kata Kanan Makiya, seorang pakar strategik INC dan pengarang buku Republic of Fear.

Chalabi akan memberikan minyak Iraq kepada syarikat multinational Amerika dan sekutunya dalam think tank konservatif yang sedang bersedia merangka begitu banyak perancangan pada masa akan datang. “Apa yang ada dalam minda mereka ialah menswastakan semula, dan menarik keluar minyak Iraq ke dalam syarikat-syarikat minyak Amerika”, kata James E. Akins, bekas duta Amerika ke Arab Saudi. Malahan lebih umumnya, sekali penjajahan tentera Amerika ke atas Baghdad, INC yang dipimpin oleh Chalabi dan penyokong-penyokongnya dalam kerajaan Amerika sedang mencipta senario mengenai penghapusan Arab Saudi, menawan minyaknya dan meranapkan pertubuhan OPEC. Ia adalah agenda cemerlang, di sebalik perubahan rejim dan permulaan kepada gagasan New World Order.




Chalabi Melobi Washington

Antara pengkagum Chalabi dalam sayap Washington ialah Max Singer, orang kepercayaan dan pengasas bersama Institut Hudson. Katanya, “dia sangat berpengetahuan luas mengenai dunia Arab, pada masa yang sama dia adalah ‘lelaki barat’ yang fundamental.”

Di Washington, Pasukan Chalabi diketuai oleh Timbalan Setiausaha Pertahanan, Paul Wolfowitz dan Richard Perle – pakar strategik neo-konservatif yang mengetuai Pengarah Polisi Pertahanan di Pentagon. Penyokong-penyokong utamanya kebanyakannya dari pejabat-pejabat Polisi Timur Tengah Pentagon seperti – Peter Rodman, Douglas Feith, David Wurmser dan Micheal Rubin. Juga termasuk staf-staf utama dalam pejabat Naib Presiden Dick Cheney tidak termasuk Setiausaha Pertahanan, David Rumsfeld dan bekas pengarah CIA ,Jim Woolsey.

Pihak Washington yang ingin menabalkan Chalabi di Iraq juga bergabung dengan penyokong-penyokong utama Israel, terutamanya mereka yang beradad dalam sayap kanan PM Ariel Sharon dan bekas PM Benyamin Netanyahu. Ketua sorak kepada Chalabi termasuklah pertubuhan Washington Instuitut for Near East Policy (WINEP) dan Jewish Institute for National Security Affairs (JINSA). “Chalabi merupakan salah seorang yang terbaik kami pernah kenali ”, puji Shoashana Bryen, pengarah khas projek JINSA, di mana Chalabi sering kali diundang untuk mensyuarat lembaga pengarah, simposium-simposium dan lain-lain aktiviti anjuran pertubuhan itu sejak 1997. " Dia boleh menjadi pemimpin nasional Iraq," kata Patrick Clawson, timbalan pengarah WINEP, yang mempunyai lembaga penasihat terdiri dari kalangan pro-Israel yang masyhur seperti Perle, Wolfowitz dan Martin Peretz pemilik The New Republic.

Apa yang menjadikan parti peperangan Washington menarik minat terhadap Chalabi? Paling terpenting, dia adalah co-thinker : seorang ahli matematik yang dilatih di Massachusetts Institute of Technology dan University Chicago dan seorang ahli perbankan (yang bergabung dengan Albert Wohlstetter , pakar teori yang merupakan kelompok elit pergerakan neo-konservatif), seorang fellow matematik dan pakar strategik di Universiti Chicago. Pada tahun 1985, Wohlstetter (mati 1997) memperkenalkan Chalabi kepada Perle yang berkhidmat di bawah kementerian pertahanan untuk polisi keselamatan internasional di bawah Presiden Reagan dan salah seorang pengikut Wohlstetter.sejak itu mereka menjadi rapat. Pada awal Oktober, Perle dan Chalabi berkongsi satu podium pada persidangan “ The Day After : Planning for a Post-Saddam Iraq” di American Enterprise Institute, yang mana telah diadakan di tingkat 12 bangunan AEI anjuran Wohlstetter Conference Center.

Sejak penubuhan pada Jun 1992, INC cuba mengheret Amerika untuk memerangi Iraq. Dengan sifat semulajadinya, strategi INC – membina pasukan separa tentera di dalam wilayah Iraq, mencipta kerajaan sementara, melancarkan serangan ke atas bandar-bandar Iraq – yang bermaksud untuk mencipta momentum ke arah peperangan yang tidak dapat disekat di mana, Amerika akan didorong untuk menyokong INC. namun polisi Amerika dalam tahun-tahun 1990-an mengutamakan untuk membendung Saddam Husein menyebabkan beliau tidak memperoleh senjata WMD, jadi usaha-usaha INC telah tersasar semasa pentadbiran Clinton.

Ketika itu, sebahagian besar kakitangan keselamatan negara melihat INC sebagai lemah dan tidak berkesan. General Bersara Anthony Zinni, bekas Ketua Komander Pusat bagi pasukan AS di Timur Tengah, mengejek Chalabi dan syarikat sebagai "pemakai sutera, lelaki jam Rolex di London," menambah, "Saya tidak lihat satu kumpulan pembangkang yang berdaya maju untuk menggulingkan Saddam. " Menyokong INC, dia memberi amaran, bererti bahawa "Teluk Babi boleh ditukar menjadi Teluk Kambing." Dan tahun 1999 Pejabat Luar Negeri mengutip artikel bertajuk "The Rollback Fantasy," telah mengecam strategi INC untuk serangan gaya gusano oleh tentera di zon larangan terbang di utara dan selatan Iraq, berbunyi " operasi ketenteraan yang lucu dan hampir pasti berakhir sama ada dengan campur tangan AS secara langsung atau pertumpahan darah besar-besaran. "

Pada tahun 1996, satu serangan lemah INC dilancarkan di Iraq utara, di mana Chalabi telah mengumpulkan sekitar 1,000 pejuang, yang berbelah bagi untuk berjuang disokong oleh CIA. tidak seperti yang dijangkakan oleh Chalabi, pasukan Saddam Hussein tidak menerima apa-apa kerugian, bahkan sebaliknya salah satu dari kumpulan sekutu utama INC, para Kurdistan Parti Demokrat (KDP), memilih untuk membelot kepada Baghdad, menjemput tentera Iraq kembali menyerang daerah-daerah Kurdis di utara Iraq. Sekutu-sekutu INC yang lain, Iraqi National Accord (INA), dilihat meledakkan pejabat-pejabat utama INC dalam satu pembunuhan saudara yang berdarah. Kegagalan ini tragis hanya meningkatkan kebencian kepada Chalabi dalam agensi CIA dan di kalangan tentera AS.

Namun, Chalabi adalah seorang survivor. Sejak kekacauan 1996, dia berjaya meyeimbangkan keadaan genting dikalangan kumpulan-kumpulan pembangkang Iraq yang sering bertengkar Iraq, dari kelompok Kurdis dan pemimpin suku Syiah yang terdiri dari kumpulan fundamentalis, monarki dan pegawai-pegawai askar ".


Bersambung...

No comments:

Post a Comment