Monday, March 21, 2011

Syiah nak tawan Ka'bah?

Keadaan semakin melampau apabila kumpulan Syiah yang mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Arab Saudi di Iran mengangkat sepanduk "Hal tuharrir al-Ka'bah fi hajji 'amina haza?" bermaksud "Adakah Ka'bah dapat dibebaskan pada haji tahun ini?". Nampaknya ini sudah melampau...sejarah tidak pernah menyaksikan Ka'bah terlepas ke tangan Syiah. Walaupun ketika ini Ka'bah dikuasai oleh kerajaan yang berfahaman Wahabi tetapi mereka masih dianggap Sunni oleh dunia Islam kerana sumber hukumnya tetap sama al-Qur'an dan al-Sunnah. Hati-hatilah wahai umat Islam-Sunni. Syiah-Iran dilihat semakin menunjukkan taringnya akhir-akhir ini. Di mana ada Syiah di situ ada pembelaan Iran. Malah demonstrasi penganut Syiah di Bahrain terbukti dilakukan secara ganas (klik di sini ) bukan seperti demonstrasi di tempat lain. Sepatutnya Iran tak perlu campur apa yg berlaku di Bahrain. Apa jadi kepada umat Sunni di Iran yang didiskriminasikan oleh kerajaan Syiah-Iran? Iran tak pernah mengaku bertanggungjawab bahkan Sunni terus ditindas dan ditindas di sana.


http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/03/syiah-nak-tawan-kabah.html

1 comment:

  1. kenapa nk takut dgn syiah?
    seolah2 islam nie cuma unite bla dpn org kafir...
    bila iran hentam israel, wah abes satu dunia islam sokong...
    ble sesame sndri, sibuk wat konspirasi yg ntah betul ntah tidak...
    fcuk off la "wali tuhan", pe ko pk ko de hak nak haramkn org tu ini...

    ReplyDelete