Iraq dipujuk oleh Zionis supaya beperang dengan Iran (1980-1988), setelah fizikalnya menjadi begitu lemah akibat peperangan tersebut, Saddam Husein dipujuk pula supaya menyerang Kuwait, saat itulah kehancuran Iraq bermula. Amerika belot kepada 'musuh' (Iran & sekutu Arabnya) dan mengecewakan Iraq dengan serangan bertalu-talu ke atas Iraq atas alasannya kononnya membela Kuwait yang diceroboh (atas arahannya sendiri). Riwayat hidup Iraq ditamatkan dengan penjajahan Iraq pd 20 Mac 2003 menerusi kerjasama rapi 25 intelek neo-konservatif Yahudi dengan tokoh-tokoh pembangkang Syiah Iraq yang berpangkalan di utara Iraq dan Iran (SCIRI, Parti Da'wa dlln.).
Kali ini Amerika jemput Arab Saudi untuk terlibat dalam konflik di Bahrain, untuk menentang pemberontak Syiah. inilah permulaan kejatuhan dinasti Saud kerana Zionis memiliki perancangan rapi untuk menyokong etnik yang digambarkan oleh mereka sebagai kelompok "minoriti tertindas" di Timur Arab Saudi (Syiah di Qatif & Bahrain). Tujuannya ialah memecahkan negara Arab Saudi yang besar supaya menjadi negara2 kecil (duwailaat) bagi memudahkan pembentukan Israel Raya... inilah yang tercatat dalam strategi Israel Abad ke-19 yang ditulis oleh pendeta Oded Yinon yg menjadi teras kepada gagasan ISRAEL RAYA.
Timur Tengah Baru - baru sahaja dibentuk dengan perancangan yang begitu rapi, di bawah agenda bersama menumbangkan monarki arab, mendirikan demokrasi tulen, melakar semula peta Timur Tengah atau Revolusi Arab dan dlln. yang disifatkan oleh Ayman al-Zawahiri sebagai proses menukar boneka lama kepada boneka baru. Bagi Israel, Israel Raya semakin jelas mula menampakkan realiti, Iran pula melihat dominasi mereka - Empayar Parsi di rantau Arab semakin jelas seiring dengan gagasan Israel Raya. Yang pasti, darah umat Islam semakin melimpah dicelah-celah ambisi kedua-dua kuasa utama atau pemain utama di rantau Arab tersebut... tunggulah 5 tahun lagi anda akan mendapat jawapannya !
No comments:
Post a Comment