Tuesday, January 18, 2011

Syi’ah - Taqiyyah Merupakan Amalan Yang Terpenting Dalam Agama









Terjemahan

Syi’ah: Taqiyyah Merupakan Amalan Yang Terpenting Dalam Agama

11- Daripada Hisyam al-Kindi katanya, saya mendengar Abu Abdillah a.s. berkata: “Jauhilah daripada melakukan amalan yang memalukan kami kerana anak yang jahat memalukan ayahnya dengan amalannya. Hendaklah kamu menjadi contoh (ikutan) kepada orang yang kamu sentiasa menumpukan perhatian[1] kepadanya dan janganlah kamu menjadi bahan kejian kepadanya. Sembahyanglah bersama dengan mereka[2]. Ziarahilah orang yang sakit dari kalangan mereka, hadirlah bersama mereka dalam upacara pengkebumian jenazah mereka dan jangan biarkan mereka mendahului kamu dalam kebaikan kerana kamu lebih patut kepadanya daripada mereka. Demi Allah! Tidak ada satu bentuk perhambaan kepada Allah yang lebih disukai oleh-Nya daripada al-khab’u (menyembunyikan dan tidak menyatakan). Saya bertanya: “Apakah itu al-khab’u? Beliau menjawab: “Taqiyyah”.

12- Daripada Ma’mar bin Khallad katanya, saya bertanya Abu al-Hasan a.s. tentang menghormati (mentaati) pemimpin. Beliau menjawab: Abu Ja’far a.s. berkata: “Taqiyyah adalah agamaku dan agama datuk nenekku. Tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah”.

13- Daripada Zurarah daripada Abi Ja’far a.s. katanya: “Taqiyyah itu dalam setiap dhurarat dan orang yang menghadapinya lebih mengetahui ketika perkara tersebut menimpanya”.


14- Daripada Muhammad bin Marwan daripada Abi Abdillah a.s. katanya: ayahku a.s. berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih menyejukkan mataku daripada taqiyyah. Sesungguhnya taqiyyah adalah perisai orang mu’min”.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 219, 200)



Kesimpulan:

Ø Syi’ah mengatakan imam-imam mereka mengajar supaya bermuka-muka dan mengamalkan nifak (hipokrit) ketika bersama dengan orang berbeza pegangan dengan mereka seperti Ahl as-Sunnah. Antaranya dengan sembahyang berjemaah bersama, menziarahi orang sakit dan orang mati dari kalangan Ahl as-Sunnah dan menunjukkan sifat yang baik supaya menjadi ikutan kepada Ahl as-Sunnah seperti mendahului Ahl as-Sunnah dalam memusuhi orang-orang kafir sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya iaitu mereka adalah teman kepada musuh-musuh Islam tersebut.

Ø Syi’ah mengatakan amalan paling utama untuk menghampirkan diri kepada Allah ialah taqiyyah iaitu hipokrit.

Ø Syi’ah mengatakan antara syarat keimanan atau perkara yang membawa kepada kesempurnaan iman ialah taqiyyah.

Ø Syi’ah mengatakan taqiyyah digunakan pada ketika dharurat dan dharurat di sisi Syi’ah ialah ketika bersama Ahl as-Sunnah berdasarkan riwayat sebelumnya dan riwayat-riwayat yang lain.

Ø Syi’ah mengatakan bahawa imam mereka mengatakan amalan yang paling disukai olehnya yang merupakan penyejuk matanya ialah taqiyyah dan ia menjadi perisai ketika menghadapi golongan yang menyalahi mereka.



[1] Supaya mereka terpedaya dengan kamu.

[2] Iaitu golongan yang menyalahi kamu dalam agama iaitu Ahl as-Sunnah (nota kaki al-Kafi)



http://darulkautsar.net/3585-Syi%E2%80%99ah-_Taqiyyah_Merupakan_Amalan_Yang_Terpenting_Dalam_Agama.html

No comments:

Post a Comment