Tuesday, January 18, 2011

PM sementara Lubnan beri keterangan kepada penyiasat PBB

BEIRUT: Perdana Menteri sementara Lubnan, Saad Hariri yakin bahawa Syria terbabit dalam pembunuhan bapanya, berdasarkan satu rakaman satu pertemuan pada 2007 antara Hariri dan seorang penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat kes terbabit.

Rakaman audio disiarkan lewat kelmarin oleh televi-syen Lubnan dan disahkan oleh pejabat Hariri, memberikan tumpuan terhadap siasatan yang disokong PBB terhadap pembunuhan bekas perdana menteri, Rafiq Hariri, yang juga bapa Saad, pada 2005.

Rakaman terbabit disiarkan oleh New TV yang rapat dengan Hizbullah, pada hari pendakwaan sepatutnya diserahkan kepada pendakwa Tribunal Khas Lubnan (STL) di Belanda yang menyiasat pembunuhan Rafiq.

Pergerakan Hizbullah berkata mereka percaya bahawa anggotanya akan menghadapi tuduhan terbabit dalam pembunuhan terbabit.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaadHarirituduhSyriabunuhbapapada2005/Article

Dalam rakaman terbabit, Saadi memberitahu penyiasat Lajmi Mohammad Ali dalam satu mesyuarat pada 30 Julai 2007 bahawa bapanya diberikan amaran beberapa minggu sebelum kematiannya oleh Menteri Luar Syria, Walid Muallem bahawa beliau ‘berjalan di tempat bahaya”.

“Jika anda tanya saya bagaimana ia (pembunuhan itu) berlaku dan mengapa ia berlaku, saya rasa bahawa Assef Shawkat dan Maher (al-Assad) memainkan peranan besar dalam persediaan meletakkan (Presiden Syria) Bashar (al-Assad) untuk membuat keputusan,” kata Hariri.
Shawkat adalah ketua risikan tentera Syria dan adik ipar Bashar, manakala Maher al-Assad adalah abang kepada presiden Syria terbabit dan ketua pengawal presiden.

Saad juga menyatakan, tidak lama sebelum kematian bapanya pada 14 Februari 2005, Rafiq diberikan amaran oleh wakil khas PBB, Terje Road Larson bahawa rejim Syria mahu membunuhnya.

“Terje menemui bapa saya dan ini apa yang dinyatakan (Terje) kepada saya dan beliau memberitahu bapa saya, mereka akan bunuh awak,” kata Hariri.

“Beliau rasa sesuatu dan beritahu: “Rafiq, anda perlu berhati-hati, mereka akan bunuh awak,” kata Saad yang belum lagi perdana menteri ketika pertemuan itu.

Beliau berkata, Presiden Perancis ketika itu, Jacques Chirac yang rapat dengan Rafiq Hariri juga menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan cubaan membunuh bapanya.

“Saya tahu bahawa Presiden Chirac memanggil bapa saya sehari sebelum (beliau mati) dan memberitahu “Saya amat bimbang mengenai keselamatan awak, cuba berhati-hati,” kata Saad Hariri kepada penyiasat.

Laporan awal penyiasat PBB yang menyiasat pembunuhan Rafiq dalam kejadian letupan bom terbesar di Beirut adalah dicetuskan risikan Syria. – AFP

No comments:

Post a Comment