Saturday, August 27, 2011

Melaka siasat dalang sebar fahaman Syiah

Kerajaan negeri Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat individu yang menjadi dalang kepada penyebaran fahaman Syiah di negeri ini bagi mengekang fahaman itu daripada menular kepada orang ramai.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata individu itu yang dipercayai pengasas kepada sebuah produk minuman kesihatan (ECPI ke???) yang dikeluarkan di negeri ini.

"Kita akan mengmbil tindakan sewajarnya termasuk membatalkan lesen syarikat tersebut yang mempunyai sebuah kilang mengeluarkan produk itu di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj di Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai markas Syiah di negeri ini.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjdi dan jabatan kerajaan.

"Buku dan risalah yang dirampas oleh JAIM dan enam remaja yang ditahan ketika serbuan itu akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang dan enakmen kerajaan negeri," katanya.

Mohd Ali berkata semua masjid dan surau di negeri ini yang pernah menerima sumbangan minuman kesihatan itu juga diarah tidak lagi menerimanya.

"Kita tidak tahu sebelum ini individu itu berselindung di sebalik produk yang dikeluarkannya untuk menyebarkan fahaman Syiah," katanya.

Produk minuman kesihatan itu agak popular di negeri ini dan kini dilaporkan mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang menerusi usahasama dengan sebuah syarikat dari negara China.

Mohd Ali juga berkata tiada masjid di negeri ini yang menyebarkan fahaman Syiah.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/174300

No comments:

Post a Comment