Tuesday, July 3, 2012

Bukan… Sebenarnya pekung Syiah telah terdedah !

Seorang tokoh politik terkenal tanah air yang sangat diketahui sentiasa ulang aliknya ke negeri-negeri Syiah di Timur Tengah mula mendengus rasa tidak puas hati yang tersimpan di dadanya kerana di sana-sini orang mula bercakap tentang kesesatan aqidah Syiah dan kekejaman penguasa  terhadap umat Islam khususnya kekejaman Syiah di Syria yang menjadi sekutu rapat kerajaan Khomeini  di Iran.  Pemuja Khomeini  dan revolusi Iran ini tidak lepas-lepas menghamburkan pujaan dalam ceramahnya yang berapi-api diiringi seruan kepada penggerak politik Islam di negara ini supaya segera meniru ulama-ulama syiah  di Iran dan Hezbollah yang menurutnya sangat hebat pakaiannya dan berani. 

Seluruh dunia tidak lagi mampu menahan perasaan dari memperkatakan kejahatan Syria di bawah pimpinan Bashar al-Asad , iaitu singa penghisap darah umat Islam di Syria sama seperti bapanya Hafez al-Asad menghirup darah puluhan ribu umat Islam sebahagian besarnya ulama’ Ikhwan Muslimin di sebuah kawasan di bandar Hama (yang kini di atasnya didirikan bangunan-bangunan yang megah indah sebagai nesan kepada ribuan mayat ahli Sunah di bawahnya) pada tahun 1982 dulu.  Tokoh politik tanah air ini memiliki nada yang tidak ubah senada dengan tokoh akademik dan penggiat ajaran Syiah di kubu-kubu Syiah Melayu  yang mempopularkan cerita palsu kononnya Amerikalah di sebalik semua ini, inginkan al-Asad jatuhkan dengan segera bagi menghalang laluan senjata Iran menerusi Hezbollah untuk dibawa ke  Palestin (Hamas) melalui Syria (sebuah cerita jenaka yang paling laris abad ini). Sebab itu bagi mereka, Amerika sengaja memperbesarkan isu-isu Syria yang sebenarnya kecil sahaja.

Apabila segolongan dari ulama’ muda sebuah parti berdemonstrasi di depan kedutaan Syria bagi mendesak supaya kerajaan Malaysia menutup dan menghalau kedutaan Syria  maka melentinglah puak-puak ini sama seperti melentingnya tokoh besar politik yang terkenal ini.  Maka celaru biru lah sebahagian pengamat-pengamat internet dan berkobar-kobarlah semangat puak-puak ini hendak mencelarukan orang yang kehilangan punca itu.

 Sedangkan memang perangai lama  kelompok revolusioner yang memimpin Iran hari ini,  sejak revolusi di Iran mempergunakan nama Amerika, Israel, Zionist, anjing Barat, Komunis dan lain-lain sebagai punca masalah mereka. Dengan nama CIA lah Iran membantai kelompok Sunni di wilayah perbatasan negara mereka yang selalu menjadi mangsa bunuh, rompakan, pembunuhan ulama-ulama' Sunnah, pemusnahan masjid-masjid mereka atas nama teroris tajaan CIA oleh kerajaan Revolusi Iran.  Mereka juga tidak putus-putus memberitahu pejuang-pejuang Islam di Afghanistan dan Iraq semuanya agen CIA, pejuang-pejuang Islam di Yaman semuanya CIA, Zionist, Yahudi dan Amerika hatta termasuk ayatollah Montazeri yang mati dalam iman yang khilaf dengan ideologi velayat faqih pun CIA.  Jadi bila kita menyebut nama Iran janganlah kita lupa nama CIA yang sebenarnya telah lama menjadi kawan rapat Iran dalam skandal Iran-Contra sejak 1980-an dulu yang turut bertanggungjawab mengumpul orang-orang Syiah Iraq belaan Khomeini (Baqir al-Hakim, Aziz al-Hakim, Nuri al-Maliki, Ahmad Chalabi, Bahr Ulum) pada 14-17 Disember 2002 di London bagi menjatuhkan Iraq di bawah sebuah pasukan payung tajaan CIA bernama INC (Iraqi Nasional Congress) pimpinan tokoh Syiah Iraq Dr. Ahmad Chalabi. 

Di sebalik tuduhan nama CIA, Amerika, agen Yahudi Zionis  oleh Iran kepada musuh-musuhnya di sebalik itu jugalah sejarah membicarakan kepada kita bahawa CIA lah yang menjadi teman rapat Iran selama ini dalam membunuh jutaan umat Islam di Afghanistan, Iraq dan kini semakin jelas di Syria.  Hari ini isu Syria tidak memerlukan huraian yang panjang kerana terang dan jelas diceritakan oleh semua pencinta gerakan Ikhwan Muslimun yang menjadi  idola dan didakwa sumber paling berpengaruh kepada gerakan Islam di Malaysia. Berbondong-bondong penceramah jemputan dari tanah Arab dijemput menyampaikan kisah Syria seperti dahsyatnya  tekanan yang dihadapi oleh umat Islam di sana,  sukarnya untuk menzahirkan perkataan beriman dengan Allah berdepan dengan manusia yang dituhankan, ditanam hidup-hidup, kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa dizalimi, dibunuh, diperkosa dengan kejam  yang tidak mampu digambarkan lagi oleh perkataan dan tangisan bagi orang yang beriman dan mengasihi saudaranya beriman. Gelaran apakah hendak kita beri kepada Bashar al-Asad, kelompok Alawiyyin dan trio penyokong  terkuatnya  yang berpangkat Iblis iaitu Iran, Komunis Russia dan China? Mereka lebih kejam dari Zionis Yahudi yang menjadi sekutu mereka.

Setiap orang yang memiliki akal yang sihat sudah pasti mengenali siapa musuh dan siapa rakan bagi umat Islam. Boleh memahami mengapa kelompok Hamas yang berada di Syria, Khalid Mesh’al  dan rakan-rakannya segera meninggalkan Syria bila revolusi tercetus, kenapa Mesh’al dan rakan-rakannya tidak lagi mempercayai Syria yang selama ini berpura-pura melindungi mereka. Begitu juga akal yang sihat sahaja boleh menilai bahawa kekejaman di Syria hari ini setanding dengan kekejaman Amerika bersama Israel membantai pelarian Palestin di Sabra dan Shatila, kekejaman Israel menggempur Gazza secara bertubi-tubi sepanjang masa, kekejaman Amerika bersama Iran membantai rakyat Afghanistan, kekejaman Amerika bersama Iran membantai rakyat Iraq dan menyerahkan negara itu kepada sekutu belaan Khomeini, kekejaman Russia membantai Chechen, kekejaman India membantai Kashmir, kekejaman China membantai Uighur dan kekejaman Myanmar membantai umat Islam di negerinya. Hari ini semua boleh nampak bahawa Iran negara tidak berguna lagi dan sering menyebelahi musuh umat Islam di saat genting. 

Tindakan Morsi presiden baru Mesir enggan menemui duta Iran satu mesej yang nyata kepada dunia Islam supaya fahamilah siapa itu Syiah Imamiyyah saudara kandung Ismailiyyah Nushairiyyah yang sama-sama menuhankan manusia dan anak cucu Yahudi dan ipar kepada Zionis.. Benarlah bahawa agama kufur itu bersatu tatkala berhadapan dengan umat Islam. Sejarah juga telah lama berbicara kepada kita, tidak putus-putus memberi jawapan bahawa lihatlah syiah semasa kejatuhan Baghdad, lihatlah Syiah yang khianat kepada Salahuddin al-Ayyubi sehingga dihabisinya. Lihatlah peranan Syiah  dalam kisah pembunuhan khalifah Uthman bin Affan r.a oleh pengasas Syiah, lihatlah Syiah Safawiyyah yang berkerjasama dengan kuasa Kristian semasa Turki Uthmaniyyah berhadapan dengan kuasa Barat, merekalah pembunuh dan penjilat darah umat Islam yang seringkali kehausan darah umat Islam. Jika muncul lipatan sejarah yang akan datang sudah pasti menceritakan perkara yang sama seperti yang berlaku di Syria hari ini.

Istilah Syiah bukannya dimunculkan oleh Amerika  seperti dakwaan tokoh politik terkenal itu. Ia berpunca kerana dakwah Khomeini menerusi eksport revolusinya yang mengundang kajian-kajian mendalam dari kalangan ulama’ kita terhadap aqidah dan karya-karya utama Khomeini selepas revolusi Iran dibawa balik oleh anak-anak belaian Khomeini yang belajar politik dan agama dengan kerajaan Revolusi di Iran.

Agama Syiah itulah yang telah memecah-belahkan masyarakat dan mula membahagikan umat Islam di Malaysia ini kepada Sunni dan Syiah. Syiah pendatang baru yang baru muncul, dan namanya tidak pernah dikenal oleh masyarakat Melayu sebelum revolusi Iran. Revolusi Iran yang tokoh politik berkenaan cuba import ke Malaysia itulah yang menggoncangkan kerajaan PAS di Kedah sekarang menerusi blog kedahsenget.blogspot.com.  Benarlah apa yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan, isu akidah tidak boleh ditolak ansur dan beliau telah melarang pengikutnya menganut agama Syiah, bahkan lebih dari itu beliau memberi amaran kepada Ayatollah Taskhiri supaya jangan mengacau mentaliti orang-orang Sunni di sini dengan membawa buku-buku Syiah masuk ke sini.. Ini bukan ciptaan Amerika kerana pekung Syiah yang sering kali terdedah .. dan akan terus terdedah..! 

2 comments: