Thursday, July 5, 2012

Perbezaan Cara Amerika Melayan Gaza, Iraq dan Iran

Saya bentangkan 3 senario ini untuk melihat preferential treatment oleh US terhadap musuh-musuhnya di timur tengah. Saya bentangkan 3 senario iaitu Gaza, Iraq dan Iran untuk establish point saya bahawa Iran adalah 'musuh' yang dilayan secar...a preferential iaitu spared from the debilitating effects of sanction (terselamat dari kesan-kesan sekatan).

Gaza sedia kita maklum - bermula tahun 2006 sebaik sahaja HAMAS memenangi pilihanraya legislatif, maka quartet yang terdiri dari 4 kuasa dunia yang diketuai oleh US iaitu PBB, EU, Russia dan US sendiri mengenakan sekatan ekonomi dan embargo menyeluruh (international trade) dibatalkan. Pada tahun 2007 dikenakan pula seige atau kepungan oleh Israel sebaik sahaja Israel mengistiharkan Gaza sebagai 'enemy entity'. Kepungan dan sekatan ekonomi sudah berlanjutan sehingga kini iaitu sudah memasuki tahun ke 6. Embargo dan seige ini pula menyebabkan kelumpuhan ekonomi, semua aktiviti ekonomi baik pertanian, dan industri terhenti dan hanya dapat dijalankan secara amat terhad. Semua aktiviti sosio-kemasyarakatan termasukpendidikan, perkhidmatan kesihatan semuanya terjejas teruk. Gaza hanya dapat ditampung untuk tujuan survival melalui bantuan kemanusiaan yang disalurkan oleh pelbagai inisiatif khususnya dari civil society dan NGO.

Lihat pula gambar yang dikongsikan iaitu seorang kanak-kanak yang mengalami malnutrition akibat dari sekatan ekonomi menyeluruh yang dikenakan ke atas Iraq selama 10 tahun (1991 - 2000) melalui resolusi majlis keselamatan PBB 661 dan 687. Sekatan ekonomi yang kononnya ada kaitan dengan WMD (Senjata pemusnah besar-besaran) yang kononnya dimiliki oleh Saddam Hussien. Resolusi PBB yang didalangi oleh US ini menyebabkan lebih 500,000 kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan ubat-ubatan.

Kini Iran sedang menagalami sekatan ekonomi juga kerana mempunyai program nuklear (pengkayaan Uranium)nya. Sekatan ini sudah berlangsung dari tahun 2006 - 2010 (Resolusi 1696, 1737, 1747, 1803, 1835 dan 1929) yang kesemuanya melibatkan pembekuan asset, pemeriksaan cargo. pelabagi material yang dikaitakn dengan program pengkayaan uranium, Travel ban, hubungan dagang dengan negara lain termasuk dunia keiga). Tetapi ekonomi Iran tidak terjejas dan tiada mana-mana sektor kritikal yang terjejas akibat sanction atau sekatan ekonomi tersebut.

Persoalannya kenapa kesan sanction ini tidak seperti apa yang sedang berlaku di Gaza dan yang pernah dialami di Iraq? Bukankah Iran is the most dangerous country in the middle east menurut pandangan umum yang dibina oleh US. Iran poses the greatest threat to Israel (bukan HAMAS, bukan negara Arab yang lain). Kenapa Iran tidak dikenakan (imposed economic sanctions) ke atas musuh-musuh Israel yang lain. Sebabnya ialah musuh-musuh Israel dari kalangan negara Arab seperti HAMAS dan Iraq adalah bebar-benar ancaman yang menggugat Israel. Sedangkan Iran sedang aktif membina kekuiatan nuklear yang kononnya akan menjadi 'ancaman utama kepada Israel'. HAMAS tdk ada kemampuan itu? Iraq telah dilumpuhkan oleh Operasi desert Storm yang memusnahkan kapasiti ketenteraan Iraq dalam tahun 1991. namun sekatan ekonomi tetap diteruskan ke atas Iraq.

Jadi apa sebenarnay yang berlaku di antara US dan Iran, atau antara Israel dan Iran. Berdasarkan kepada 3 senario yang saya bentangkan ini mungkin kita bolih mendapat beberapa petunjuk?


- Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, pengerusi Aqsa Syarif Malaysia

No comments:

Post a Comment