Fasal 7.
Ceraian(1):-Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH
dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan
tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh
Muktamar Tahunan.
Prinsip Kedua Imam Hassan
al-Banna:-Al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang suci adalah sumber rujukan bagi semua
Muslim untuk mengetahui hukum-hakam di dalam Islam.Al-Quran difahami selari
dengan kaedah Bahasa Arab tanpa memberat2kan dan membuta tuli dan memahami
hadis yang suci bersumberkan periwayat2 yang tsiqah.
Merujuk kepada ceraian Perlembagaan
PAS dan usul kedua IHB,kita tidak menafikan PAS sebuah jemaah Islam berasaskan
rujukan muktabar iaitu Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.Demi memelihara keaslian
dan ketulenan PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang berasaskan kepada sumber di
atas, adalah suatu yang tidak manis atau tidak wajar kita biarkan persepsi yang
mengatakan PAS tidak konsisten atau tegas dalam isu Syiah dan kepelbagaian
fikrah yang timbul dewasa ini.
Terutamanya ada yang mengatakan
bahawa PAS seolah2 merestui kewujudan aliran tersebut dalam PAS semata2 untuk
mencapai kemenangan dahulu.Yang kemudian diselesaikan atau di”silent”kan
hinggalah mencapai kemenangan.Kononnya kerana kalau ditimbulkan seolah2 boleh
melambatkan kemenangan.Bagi kami, persepsi ini amat serius kalau kita biarkan
dan kami mengharapkan satu kenyataan tegas DPPNK dalam isu ini.Sebagai contoh;
DPPNK akan mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara tersebut ke Lembaga
Disiplin Parti.
Kita mesti membezakan antara hubungan
diplomatik dan akidah.Sebagai contoh; jika kita menyokong Iran menentang USA,
itu tiada masalah.Tetapi yang kita tentang ialah beriman dan yakin bahawa
akidah Syiah lebih baik daripada ASWJ.Termasuk dalam perkara yang membabitkan
amalan seperti cara solat, cara mandi jenazah dan sebagainya yang pastinya
menimbulkan kekeliruan dan perpecahan khususnya apabila berlaku di kalangan
ahli jemaah apabila ia seolah2 dibiarkan.Sedangkan perpecahan itu mendatangkan
mudarat yang lebih besar.Jamaah adalah rahmat manakala perpecahan itu adalah
azab.
Di dalam kaedah feqah ada mengatakan:
درء المفاسد مقدم على جلب المصالحMakna:Menolak
keburukan didahulukan daripada mengambil faedah.
Syiah ialah golongan yang
mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan
mengkafirkan sahabat-sahabat yang lain. Inilah perkara pokok yang membezakan
golongan Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain. Terdapat beberapa
banyak aliran di dalam Syiah itu sendiri yang pada dasarnya masing-masing
mempunyai konsep yang tersebut di atas. Tetapi aliran-aliran itu berbeza antara
satu dengan yang lain kerana wujudnya fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran yang
saling berbeza. Tetapi tumpuan yang utama akan diberikan kepada Syiah Imamiyyah
Ithna Asyariyyah* kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang
ini ialah berhubung dengan Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah. Syiah inilah yang
dipertikaikan oleh para ulama di setiap tempat pada masa ini kerana ramainya
bilangan mereka dan kedudukan mereka yang semakin popular terutama selepas
tercetusnya revolusi di Iran.
BEBERAPA CONTOH PENYELEWENGAN SYIAH
1) Syiah - Al-Quran Sudah Diseleweng. Aqidah Syiah mengatakan bahawa Al-Quran sekarang ini telah diubah, ditokok-tambah dan diselewengkan. Di dalam kitab Al-Fashlu Al-Khitaab at-Thabarsi menukilkan kata -kata Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi: "Bahawa tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30)
AGAMA ISLAM - Tidak perlu dijelaskan hukum meragui kitab suci al-Quran...
2) Syiah - Imam Adalah Maksum. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan:"Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai." (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91)
Bahkan imam-imam dianggap lebih tinggi kedudukannya dari Nabi-nabi a.s. Perkara ini dinyatakan dengan begitu banyak sekali dalam kitab-kitab muktabar Syiah seperti Al-Anwar An-Numaniyah, Al-Kafi dan juga seperti yang disebutkan Khatimatul Muhaddisin (penyudah ahli hadis) di sisi Mulla Baqir Al-Majlisi dalam kitabnya Biharul Anwar jilid 27 hal. 29: Ali bin Hussain a.s. berkata: "Imam-imam boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit sopak dan buta serta berjalan di atas air, beliau berkata lagi: "Tidak ada sesuatu yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi kecuali akan diberikannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta diberikan juga kepadanya sesuatu yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi sebelumnya. Dan setiap apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pasti akan diberikannya kepada Amirul Mukminin Ali a.s. bahkan kepada Hasan, Hussin a.s. kemudian kepada Imam-imam selepasnya sehingga hari kiamat dengan ditambah ilmu-ilmu yang baru (yang tidak dimiliki oleh Nabi-nabi) pada setiap tahun, pada setiap bulan dan demi Allah pada setiap saat."
AGAMA ISLAM- Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadits-hadits sahih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbiya' sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat'ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud: "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadits) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." (An-Najm ayat 3 - 4)
3) Syiah - Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66: Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; "Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi."
AGAMA ISLAM - Keadilan dan kedudukan para sahabat yang tinggi telah sabit melalui al-Quran sendiri. Mengingkarinya bererti mengingkari al-Quran.
Langkah2 yang dicadangkan:-

PAS Pemuda
Negeri/Kawasan:-1-kenyataan tegas tentang perkara ini. 2-pemantauan
dan penjelasan tentang Syiah. 3-melarang
ahli menyebarkan fahaman Syiah dalam blog kerana ia akan menyebabkan ahli
keliru lebih2 lagi dalam blog pimpinan.
PAS Negeri Kedah:-1-sebagai kerajaan
mestilah membuat sesuatu dalam menangani isu ini kerana difahamkan sudah ribuan
yang menjadi Syiah di Kedah saja. 2-kalau
kita biarkan aktiviti Syiah hingga masyarakat umum terpengaruh kita juga turut
berdosa.
PAS Pusat:-1-kami
menyeru supaya PAS Pusat menganggap isu ini serius dan perlu dilakukan
sesuatu.Jangan hanya menjadi suatu rahsia umum yang dibiarkan seolah2 tidak
memberi kesan apa2 kepada jemaah. 2-Majlis
Syura Ulama mesti mewujudkan task force@jawatankuasa Khas untuk menangani isu
ini.Buat satu siasatan dan penyataan yang jelas hasil siasatan supaya dapat
mengeluarkan satu kenyataan yang diimpikan oleh semua ahli PAS iaitu PAS bebas
daripada Syiah.Supaya isu ini tidak timbul lagi desas-desus mengatakan Kawasan
PAS tertentu Syiah kerana ia menimbulkan perbalahan yang merugikan PAS.
Kesimpulan dan
Harapan:-Kepada Lajnah Tarbiyah, kami harap agar dapat menyusun satu silibus yang
bersifat kajian terhadap pemikiran akidah yang jelas supaya ahli Pemuda tidak
mudah terpesona dengan aliran2 pemikiran yang bertentangan dengan ASWJ amnya
dan PAS khususnya.Contohnya, kita boleh kaji kitab Tarikh al-Mazahib
al-Islamiyah karangan Syeikh Muhd Abu Zahrah dan al-Ghazwatul Fikri karangan Dr
Abd Halim Mahmud dan buku tulisan Tuan Guru hkj AbdulHadi Awang tentang aliran
pemikiran umat Islam duludan kini.
Akhir sekali saya ingin mengungkapkan
kalimah yang disebut …
إن أريد الا الاصلاح ما استطعت وما
توفيقي الا بالله, عليه توكلت وإليه أنيب – سورة هود:-أية 88
Maksud: “Aku hanya bertujuan hendak
memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk
menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah.Kepada Allah jualah aku
berserah diri dan kepadaNya jualah aku kembali.”
Yang benar,
Mohd Amir Md Azmi,
Wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala
Kedah.
http://ibnuazmiasy-syafii.blogspot.com/2012/06/pas-mesti-bersih-daripada-syiah.html
Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betonline
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Cahill Peringatkan City, Bursa Juara Masih Terbuka
Conte Akui Beruntung Saat Melawan Watford
DNA Mumi Ungkap Rahasia Genetika Orang Mesir
60 Persen Orang Indonesia Cemas Komputernya Diretas Hacker