KUALA
LUMPUR: Siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ada
pengikut Syiah di negara ini dikesan sedang giat menghasilkan beberapa
bahan penerbitan termasuk buku, risalah, kertas kerja dan cakera padat
(CD).
Ketua
Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, sehubungan itu pihaknya
memantau semua aktiviti membabitkan kira-kira 1,500 pengikut Syiah di
negara ini bagi mengelak bahan percetakan itu disebarkan kepada umum.
“Buku
dan risalah terbabit antaranya: ‘Meniti Titian Kebenaran: Menyingkap
Kebenaran Mazhab Rasul dan Ahlul Bait’, ‘Inilah Al-Khulafa Ar-Rasyidin’,
‘Akhirnya Ku Temui Kebenaran’, ‘Dialog Mengenai Islam dan Akidah Islam
Yang Sebenar'.
“Turut
diterbitkan buku bertajuk ‘Benarkah Salafi Wahabi Pemusnah Islam dan
Pembunuh Umatnya’, ‘Kewajipan Setiap Muslim Mentaati Kepimpinan Yang
Dilantik Allah dan Rasul Demi Perpaduan Dan Kejayaan Dunia dan Akhirat’,
selain kertas kerja dan CD berkaitan fahaman Syiah,” katanya ketika
dihubungi, di sini.
Mengulas
lanjut mengenai perkembangan terkini pengikut fahaman Syiah, Othman
berkata, Jakim bersama pihak berkuasa agama negeri sentiasa memantau
pergerakan kumpulan Syiah khususnya pengamal ajaran Syiah membabitkan
rakyat negara ini.
“Sebarang
usaha mengembangkan ajaran mereka (Syiah) kepada umat Islam di Malaysia
sentiasa berjaya dihidu pihak berkuasa dan disekat untuk mengelakkan
sebarang implikasi buruk berlaku pada masa akan datang.
“Perkembangan
Syiah di negara ini terkawal dan bilangan pengikutnya dianggarkan
kira-kira 1,000 hingga 1,500 orang saja,” katanya.
Beliau
berkata, biarpun jumlahnya kecil, pihaknya sentiasa bekerjasama erat
dengan jabatan agama Islam negeri dan agensi lain berkaitan dalam isu
penyebaran sebarang bentuk risalah dan bahan penerbitan lain.
“Jakim
sentiasa menguar-uarkan strategi penyebaran buku Syiah ini kepada
masyarakat akar umbi supaya berhati-hati dan menyerahkan risalah
berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Kami
mengenal pasti beberapa laman web yang menyebarkan fahaman Syiah di
negara ini dan kita sudah mendapat kerjasama dari Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat pengaruh ini,” katanya.
Othman
berkata, antara kawalan lain dilakukan Jakim bagi menghalang penyebaran
Syiah termasuk menyebarluaskan fatwa yang dibuat mengenai pengharaman
Syiah kepada masyarakat.
“Sesi
penjelasan kepada masyarakat melalui program ceramah dan penyebaran
maklumat pengharaman ini menerusi media cetak dan elektronik, selain
program pemantauan dan mengawal bahan-bahan media cetak dan elektronik
dari tersebarnya fahaman Syiah menerusi media berkenaan.
“Selain
itu, kita juga meningkatkan kerjasama penguatkuasaan antara agensi
agama dengan kementerian yang berkaitan dalam menangani dan menyekat
fahaman Syiah daripada berleluasa dan tersebar kepada masyarakat,”
katanya.
Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betonline
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Cahill Peringatkan City, Bursa Juara Masih Terbuka
Conte Akui Beruntung Saat Melawan Watford
DNA Mumi Ungkap Rahasia Genetika Orang Mesir
60 Persen Orang Indonesia Cemas Komputernya Diretas Hacker