Monday, February 13, 2012

Perayaan Ulang Tahun Revolusi Iran 1979 Yang Menggelikan Hati

Upacara sempena sambutan ulangtahun Revolusi Iran 1979. Beginilah cara mereka menyambut 'kepulangan' tokoh Revolusi Syiah dan wakil Imam Mahdi Syiah (Messiah Dajjal) - Khomeini dari Perancis untuk mengasaskan kerajaan wilayah al-faqih di Iran pada tahun 1979. 'Kepulangan' Naib Imam (penghubung penganut Syiah dengan Messiah Dajjal mereka) ini disambut dengan 'penuh penghormatan' dan lakonan yang menggelikan hati..












Khomeini digelar sebagai 'The Man of The Year' oleh majalah terkenal milik Yahudi - Times setelah berjaya menggulingkan Shah Iran yang sebenarnya waktu itu kehilangan seluruh sokongan rakyat. Kejatuhan Shah Iran direncana bersama oleh pihak Barat (Amerika dan Britain) dengan pihak Revolusi Khomeini - bekas presiden Bani Sadr di tempat persembunyian Khomeini di Perancis. Revolusi ini mendapat liputan dan publisiti yang meluas media-media utama dunia khususnya media Barat milik Yahudi termasuk BBC.

Barat bertanggungjawab mempopularkan revolusi ini bagi menutup kerjasama rahsia mereka bersama kelompok Revolusioner di Iran yang dilakukan menerusi General Huyser, pegawai CIA Amerika di Iran. Ini kerana Shah Jehan telah melakukan dosa terhadap Amerika. Antaranya, Shah Jehan melanggar pantang larang Amerika dengan bertindak menjalinkan hubungan dengan Russia, musuh utama Amerika di Asia Tengah. Bagi menutup kerjasama ini juga Khomeini telah membunuh sekelian ramai pegawai tentera Shah Jehan yang telah belot dan memihak kepada kelompok Revolusioner pimpinan Khomeini selepas Revolusi Iran berjaya. Setelah berjaya mengasaskan kerajaannya, Khomeini telah ditentang oleh sebahagian tokoh besar agama Syiah yang melabelkan beliau sebagai diktator dan kejam. Khomeini dituduh mengasaskan sebuah sistem yang telah meletakkan beliau sebagai penguasa mutlak di Iran dan menyekat orang lain berkuasa. Kerajaan Revolusi Iran era Khomeini juga telah terlibat dalam skandal Iran-Contra yang mendedahkan pihak Amerika telah menghantar senjata ke Iran menerusi Israel semasa perang Iran-Iraq 1980-1988 dahulu. Skandal berkenaan tidak pernah luput dalam sejarah dunia moden kerana mendedahkan tembelang sebenar Iran adalah kawan rapat Israel dan bukannya musuh kepada Israel.

Revolusi Iran telah menjadi kegilaan para pimpinan gerakan Islam awal 1980 dan 1990-an termasuk di Malaysia seperti gerakan ABIM yang telah menelurkan beberapa pimpinan pro-Syiah secara 'underground' menerusi usrah-usrah sulit mereka di Brickfileds pada tahun-tahun 1990-an. Karya Khomeini telah diterjemah oleh seorang tokoh besar ABIM. Dalam PAS pula pernah muncul istilah PASab - (PAS Ahli Bayt)satu ketika dulu yang bernaung dalam kerja-kerja KOHILAL (di kalangan AJK dan pekerja OKU) dan penubuhan INTIS (Instut Ibnu Sina). Isu Syiah menjadi panas dan hangit dalam pemilihan calon pimpinan PAS Cawangan Wilayah Persekutuan sebagai mana disebutkan oleh Mohd Fadli Ghani.

Penyakit ini berjangkit dan berkudis dalam pertubuhan Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) era 1990-an yang pernah mengalami polemik kepimpinan dan mengusahakan terjemahan Perlembangaan Republik Iran menerusi kerjasama mereka dengan Kedutaan Iran. Munasabahlah orang-orang Syiah bertaburan hari ini dalam pelbagai lapisan masyarakat bermula dengan pergerakan tersusun mereka di Padang Balang , Gombak menerusi budaya matam yang diusahakan oleh Mustafa Bahulu sehingga kini megah dengan kuil terbesar mereka di Gombak . Siapakah yang harus bertanggungjawab untuk mencegah penyakit berjangkit ini?

1 comment: