Friday, December 1, 2017

SOKONG SAUDI PRO-ISRAEL, BAIK PRO-IRAN !

Secara politiknya Arab Saudi silap kerana sentiasa menjadikan Amerika sebagai tempat bernaung untuk masalah regional dan internal politiknya. Namun pilihan Saudi tersebut adalah pilihan temporari yang mereka ada kerana cubaan mereka berbaik dengan Russia tidak dilayan oleh beruang merah itu, terutama era Obama.

Mana Russia nak layan Saudi kerana Saudi adalah rival utama Iran dalam empayar yang mereka bina bersama. Logiknya dalam perancangan Zionis Russia, Saudi perlu disudutkan dalam blok yang bertentangan dengan Iran. Saudi hanya ada satu pilihan iaitu Amerika bagi menghadapi ancaman Russia-Iran di Syria dan Yaman.

Jika kita kritik Saudi kerana berbaik dengan kuffar yahudi Zionis Amerika, kita pun kena kritik Ikhwan yang sanggup menggapai Iran walaupun mereka tahu, Iran adalah kuasa kuffar atas nama Islam. Di belakang Iran itu ada China dan musuh-musuh Amerika dari negara Eropah Timur dan Blok Kiri. Iran tak ada baiknya pun, buktinya hubungan Ikhwan-Iran tergugat sementara apabila isu serangan pakatan Iran-Hizbullah bersama Russia menyerang Aleppo dikritik oleh Ikhwan menyebabkan Iran mengugut Ikhwan agar terus setia jika mereka masih menagih bantuan.

Dalam masa yang sama Saudi yang berbalah dengan Obama kerana polisi Obama sangat pro-Iran menyebabkan Saudi hampir merangkul Ikhwan sebagai sekutu mereka sebelum datang Trump yang membawa strategi lebih keras terhadap Iran. Iran menggunakan Ikhwan sebagai proksi mereka untuk berdepan dengan negara-negara Arab atau kepentingan strategi politik mereka di timur tengah.

Selepas penjajahan Iraq dan Syria terbukti jelas Iran mempunyai hubungan dengan kedua-dua kuasa perang dingin itu tatkala Saudi hanya dengan Amerika secara bilateral. Sementara ideologi jihadi Ikhwan hanya berguna untuk proksi Iran berdepan dengan Arab dan memecahbelahkan Arab sahaja. Hamas sungguhpun proksi Ikhwan banyak belajar dari situasi politik di Palestin lebih mengutamakan perdamaian dengan Fatah seperti perkembangan terkini.

Jika Arab Saudi memilih kuffar Amerika untuk mempertahankan dinastinya yang sedang nazak berdepan ancaman Iran-Russia, maka apakah kita boleh memilih bersetuju dengan Ikhwan bersama kuffar Iran-Russia yang lebih kejam di Iraq dan Syria dalam konflik perang dingin antara proksi Amerika dan Russia? Apakah kita selepas keluar dari mulut buaya (Amerika) masuk mulut naga (Russia) dalam konflik sebenar perang dingin?

Apakah pilihan Turki bersama Russia hari ini tidak didorong oleh tekanan Amerika dan Russia supaya Turki menjarakkan diri dari Saudi dan memecahbelahkan kumpulan mujahidin di Syria? Apakah fungsi persidangan Astana salah satu agenda perang dingin episod baru? Apakah Turki cukup kuat berdepan dengan ancaman Russia, Amerika dan Iran sendiri? atau negara itu berseorangan yang tidak pernah sepi dari cubaan Amerika dan Russia untuk meruntuhkan pemimpin islamis idola umat Islam masa kini melalui rampasan kuasa dan masalah Kurdis di perbatasan Syria.

Mengatakan Saudi proksi utama Amerika di negara mereka sendiri ada asasnya. namun menafikan Iran juga proksi Amerika di Iraq dan proksi Russia di Syria merupakan satu kebodohan. Dan satu kebodohan besar jika kita mengatakan Amerika akan membela Saudi sampai selamanya tatkala Amerika sendiri bersama Russia membina empayar Iran sejak 2003 lagi dengan projek Timur Tengah Baru pasca penjajahan Iraq. Projek itu sedang bermula dah belum mencapai klimaks. Semoga kita tidak bebal dalam membaca politik Perang Dingin episod baru untuk peta Israel Raya.


2 comments: