Thursday, December 7, 2017

KEHANCURAN ARAB & GENDANG TERORISME.

Apabila al-Quds menjadi kota bagi Israel, maka kehancuran Arab semakin dekat. British memperdayakan Arab supaya menentang Uthmaniyyah menerusi nasionalisme Arab di Timur Tengah kononnya mereka akan ditabalkan menjadi pemimpin kawasan Nil sehingga Furat. Sharif Husein nyata ditipu bulat-bulat hanya diberi perintah Iraq, Jordan dan Syria sebelum ditipu sekali lagi oleh Perancis. Begitu juga di Iraq.

Penguasaan Israel melalui Zionis Amerika ke atas kota al-Quds bukannya ancaman langsung ke atas Iran, kerana Iran bukan bersebelahan dengan Palestin dan Israel. Arablah yang semakin tertekan, dan Iran meraih keuntungan berganda memanipulasi keadaan untuk kepentingan strategi politik mereka di Timur Tengah.

Ramai yang menjangkakan Israel atau Zionis Amerika akan membela Arab selamanya kerana Arab kini adalah Arab monarki dan sekular. Mereka lupa permusuhan Israel kepada Arab adalah permusuhan bangsa dan itulah teras perjuangan Zionis. Lihat sahaja era Obama ternyata tidak pro Arab bahkan lebih membela Iran. Permusuhan terhadap bangsa Arab ini mendasari dasar politik Iran kerana Imam Mahdi mereka akan memerangi bangsa Arab tanpa memilih bulu.

Semakin kuat Iran mengancam Israel, semakin lebar wilayah Iran di Timur Tengah, malah sebaliknya kejatuhan al-Quds menunjukkan sekeping demi sekeping tanah Arab jatuh ketangan Iran dan Amerika bermula di Iraq.

Arab telah lama digulingkan menerusi perang Arab-Israel, perang Iran-Iraq, Perang Teluk dan Perang Iraq 2003, kini Arab berdepan dengan ancaman Iran yang mengepung kota Hijaz. Zionis secara perlahan membina pengaruh Iran di Timur Tengah untuk memberi pukulan maut kepada Arab yang dayus dan tunduk patuh kepada Amerika demi keselamatan dinasti mereka sendiri. Arab akan terus berdiam diri tidak berani bersuara selagi Zionis Amerika menzahirkan diri bersama mereka.

Polisi Amerika sudah semakin tajam, Iran sudah dipersiapkan nuklearnya untuk mendiamkan mana-mana Arab yang berani. Selepas Arab berjaya dibisukan maka tibalah giliran Iran akan menunjukkan taringnya membela umat Islam.

Semasa Iran muncul gendang terorisme akan berkumandang, Iran akan dituduh membiayai pengganas Palestin terutama Hamas, maka Israel akan menekan Hamas, menyerang membabi buta, Iran pula akan menuduh Arab bersekongkol dengan Israel dan Amerika, dan Arab dayus tidak berani mempertahankan Hamas! Seluruh dunia akan menyalahkan kedayusan Arab di Palestin, menyanjung Iran membela Hamas, tetapi melupakan kejahatan dan kezaliman Iran, Hizbullah dan Syiah Iraq serta kezaliman Bashar dan Russia. Apatah lagi untuk mengecam Amerika berada disebalik tabir peristiwa-peristiwa tersebut.

Selagi kuat Amerika melaungkan Iran teroris, lagi kuat Israel membedil Hamas, maka Iran akan tidak putus-putus mengecam Arab dayus. Manakala Arab akan terus berdiam diri menjaga pemerintahannya yang sudah ranum untuk gugur. Maka Iran akan semakin mengukuhkan kedudukan mereka di Syria kononnya untuk memerangi Daesh.

Dalam masa yang sama Hizbullah akan lebih agresif membantai umat Islam di Lubnan dan meluru ke Syria untuk bersama Iran, Syiah Iraq tidak akan ketinggalan terus membunuh umat Islam di Iraq atas alasan menghapuskan Daesh dan meluru ke Syria untuk bersama Iran. Dalam masa yang sama Russia dan Amerika akan mengebom kawasan Sunni Iraq atas alasan yang sama. Natijahnya Iraq akan menguasai Syria untuk bersebelahan dan mengepung Arab.

Di sekeliling Hijaz hari ini,  Bahrain dihuni majoriti Syiah, di UAE separuh rakyatnya adalah orang Iran, di Yaman, pejuang Houthi semakin mengukuh. Arab akan terus berpecah dan berpecah.

Akan tiba satu masa orang-orang munafiq akan mengelilingi kota Madinah dan pemerintahan Arab akan digantikan oleh kelompok yang lebih berwibawa memimpin umat ini.

Riwayat Arab monarki dan Arab sekular akan ditamatkan oleh sekutu mereka sendiri iaitu Israel, dan sebahagian besar tanah Arab dari Sg. Nil dan Furat akan ditadbir oleh Israel bersama sekutu mereka iaitu Iran. Saat itu ialah pelan Oded Yinon atau Israel Raya telah lengkap melalui tenteranya iaitu tentera dajjal.

1 comment:

  1. BAVETLINE88.COM - Agen Judi Sbobet Terpercaya - Agen Judi dan Casino Online - Agen Judi indonesia
    Bavetline88
    Depo Casino
    Daftar Baccarat
    Agen Roulette
    maxbetcasinoindonesia

    ReplyDelete