Thursday, December 7, 2017

SOKONG SAUDI PRO-AMERIKA, BAIK SOKONG IRAN ! (Part 3)

Apa bezanya negara Arab berniaga dengan Amerika dan baik dengan Israel tapi menolak sosialism dan memusuhi Russia. Jika dibandingkan dengan Iran baik dengan Russia secara terang-terangan, menerima sosialism, memusuhi Amerika secara zahir tapi menjalinkan hubungan dengan Amerika sejak awal revolusi Iran di sebalik tabir sehingga kini? 

Apakah kita sedia membutakan mata lagi terhadap perkembangan nuklear Iran? Semasa era Khomeini kononnya Amerika memutuskan hubungan dengan Iran, tetapi masih berhubung menerusi kedutaan Switzerland! Aset Iran kononnya dibekukan dan disekat, Russia, Cina dan Eropah Timur jadi penyelamat Iran.

Russia dan blok kiri lah yang membangunkan nuklear Iran, selepas Bush berkerjasama dengan Iran menakluk Iraq dan menyerahkan Iraq kepada Iran, dan nuklear Iran sudah hampir lengkap, datang Obama hanya meluluskan program nukelar Iran dan menjalinkan hubungan secara rasmi dengan Iran. Republikan dan Demokrat bukanlah berbeza kerana kedua-duanya merupakan khadam Knesset. Amerika dan Russia saling berperanan dan berkhidmat untuk Israel. Mereka lebih kenal dan hati budi Syiah sebagai sekutu berbanding Arab yang perlu dilumpuhkan.

Siapa paling untung dalam kedua kes ini? Selama baik dengan Amerika berapa inci wilayah negara-negara Arab berkembang? Selama Iran 'bermusuh' dengan Amerika tetapi bercinta di sebalik tabir berinci-inci negara Arab dijajah oleh mereka bermula di Iraq, Syria dan kini di Yaman. Orang-orang Syiah Iraq menguasai Iraq hari ini hasil penjajahan Amerika ke atas Iraq pada 20 Mac 2003 dulu. Iraq adalah bukti paling besar HADIAH Amerika untuk kerajaan anak cucu KHOMEINI di Iran.

Apa beza Amerika iktiraf Israel secara de facto dengan Russia iktiraf Israel secara de jure? Boleh faham ke makna dua perkataan Perancis ini? Apa makna Perang Dingin muncul lebih awal setahun sebelum tertubuhnya negara Israel pada 1948 ? Apakah Perang Dingin, Amerika dan Russia tidak mempengaruhi status negara Israel sehingga kini? Apakah Russia dan Amerika akan mengukuhkan Arab menjadi makin kuat dan membiarkan Iran mati tanpa kubur? Siapa sekutu paling cocok dengan dasar Israel bagi Amerika dan Russia.

Sejarah kerajaan Iran pimpinan Khomeini anak belaan Amerika dan Perancis bermula pada tahun 1979 tidak pernah menggugurkan sebiji peluru pun ke Israel sedangkan Arab sudah pun memerangi Israel sejak tahun 60-an lagi.

Iran menjadikan isu Palestin sebagai retorik kebencian mereka terhadap Israel sebagai asas perjuangan revolusi mereka, sedangkan Arab sudah lama mengangkat senjata memerangi Israel malah memiliki badan Lobi Arab di Rumah Putih tujuh tahun sebelum Amerika menubuhkan kerajaan Khomeini di Iran selepas persidangan negara Barat di Guadelope.

Dasar Amerika lebih serasi memilih Lobi Iran kerana pelan PNAC (Project for the New American Century) dan Polisi Bush adalah mengangkat Parsi untuk memerangi Arab bermula di Iraq (Pelan Oded Yinon).

Di sana ada sokong Iran kerana Iran sokong Hamas (Ikhwan) sedangkan Saudi Wahabi sokong Fatah, pro-Amerika dan Arab khianat kat Palestin. Iran suci murni musuh utama Amerika, min ahlil Islam, Syiah salah satu mazhab muktabar!. Cerita perang dingin ni palsu sebab Imam Khomeini tak beritahu, Imam Khomeini tu kira macam tok guru bagi segala parti politik Islam

3 comments:

  1. BAVETLINE88.COM - Agen Judi Sbobet Terpercaya - Agen Judi dan Casino Online - Agen Judi indonesia
    Bavetline88
    Depo Casino
    Daftar Baccarat
    Agen Roulette
    maxbetcasinoindonesia

    ReplyDelete

  2. Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

    https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI

    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Yang dihormati Para rektor universiti, para akademik dan para mufti, Tun,Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan.

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah.info

    1. Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?

    2. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    .....

    ReplyDelete