Sunday, December 25, 2016

SADDAM SANG DIKTATOR & NASIB SUNNI PENJILAT

Mengapa sokong Iran? Sebab dakyah palsu Iran memusuhi Amerika seperti, marakbar Amerika! dulu masa awal-awal dulu di Malaysia berbunyi marakbar Asri ! (Mampuslah Asri Muda!). Khomeini lah yang mengilhamkan kepimpinan ulama' selepas revolusi. Hari ini tiada siapa mampu menolak bahawa kepimpinan ulama berasal dari teori velayat-e faqih, bahkan Khomeini merupakan pemangkin terbesar teori tersebut, bukannya Badiuzzaman al-Nursi, bukan Muhammad Abduh, bukan Hasan al-Banna, bukan Syed Qutb, bukan Ali Shariati, bukan al-Maududi, bukan Anwar al-Jundi, bukan Ghannoushi dan bukannya al-Qaradawi yang sudah uzur, mata tak nampak dan telinga dah tak berapa dengar itu. Tetapi orang yang membawa bid'ah dalam ajaran Syiah itu secara praktikal ialah Ayatollah Khomeini al-Musawi yang diusung gambarnya ke sana ke mari dulu.

Zionis Israel perlu dihapuskan! musuh utama umat Islam, penyokong Shah Iran yang kejam itu, maka kita Islam Syiah perlu berhimpun pada setiap hari jumaat terakhir ramadhan sebagai tanda memusuhi Israel dengan membela Palestin. Hari tersebut adalah 'Hari al-Quds' untuk menyelamatkan umat Islam di Palestin dan menghapuskan Israel dari peta dunia. Maka barisan ulama dan gerakan Islam dunia perlu lebih agresif menentang Amerika dan sekularisme seperti Shah Iran di mana-mana jua. Tiupkan revolusi ini ke seluruh dunia kerana kita berada di ambang gelombang baru kebangkitan Islam, iaitu kebangkitan ulama politikal dari sikap apolotikal dan jumud. Tirulah semangat kami ini ! Islam adalah agama revolusioner bukan Islam baca kitab sahaja !.

Hebat betul dan menakjubkan semangat Khomeini tersebut, terbeliak mata parti-parti Islam di seluruh dunia kerana harapan baru bernama ulama telah memenangkan Islam dengan revolusi menentang Amerika dan akan menghapuskan Israel dari peta dunia. Anak cucu Khomeini bernama Ahmadinejad berkata, "..jika Israel menyerang Iran kita akan kerat-kerat jari tangannya..! dan negara Israel akan dihapuskan dari peta dunia!" Kita pun percaya lah pada Hizbullah yang diubahsuai oleh Iran daripada militia Syiah Amal di Lubnan. Hizbullah kan tangan kanan Khomeini untuk menggoncangkan Arab.

Kita percaya dan sokong Syria dipimpin oleh Hafiz dan Bashar al-Asad yang memiliki hubungan rasmi dengan kerajaan Khomeini di Iran, walapun pada tahun 1982 dulu, Hafiz membunuh 46 ribu umat Islam sunni di Syria dalam tragedi berdarah di Hama. Begitu juga kita sokonglah Bashar yang menyembelih ratusan ribu rakyat sunni Syria dengan kerjasama Iran, Hizbullah dan Russia. Kita percaya pada Badruddin al-Houthi kerana beliau bersama anaknya Husein bertapa begitu lama di Qom sebelum balik mengubah faham Zaidiyyah al-Jarudiyah menjadi sekutu Syiah al-Rafidhah dan melancarkan revolusi di Yaman untuk merampas tanah haram di tangan Saudi yang kufur menurut Iran itu.

Kita sokong semualah tali barut Iran ini kerana mereka agen revolusi Iran di tanah Arab untuk berdepan musuh Khomeni atau pelayan Amerika seperti Arab Saudi, Qatar dan Kuwait. Kita nyatakan hati kita bersama tali perut Khomeini menuduh Sunni dilagakan dengan Syiah sebagai grand design Zionis memecahbelahkan negara umat Islam. Khomeini dan Iran kan tidak putus-putus menyambungkan 'tali persaudaraan' umat Islam di persidangan taqrib ! kita percaya semua tu bulat-bulat dan kita beritahu semua orang itulah bacaan sejarah yang cerdik politik serta berpengalaman luas menurut tali perut kita yang geli tulang susuk setiap kali mendengar nama Khomeini.

Namun hakikatnya, siapakah yang menukar Khomeini daripada pemberontak menjadi 'shahanshah' (raja dari segala raja) di tampuk kekuasaan? Perancis yang membela Khomeini di Paris dengan memujuk Amerika yang asalnya menyokong Shah Iran berpaling tadah kepada Khomeini, selari dengan kehendak Israel yang mahukan kerajaan baharu yang lebih 'moderat' menggantikan Shah Iran. Pertemuan bersejarah agen-agen Khomeini, dengan kuasa-kuasa besar melalui inisiatif Perancis di Guadeloupe pada 7-10 Januari 1979 masih tersimpan baik dalam lipatan sejarah revolusi Iran, begitu juga dengan skandal Iran-Contra atau Irangate yang kontroversi itu.

Siapakah yang menguatkan kerajaan Khomeini? Ramai yang menyangka ketika peristiwa Revolusi Iran dan selepasnya, Amerika lari bertempiaran, ketakutan sehinggga masuk ke lubang cacing menyembunyikan diri dari Imam Khomeini. Amerika dan Baratlah yang mencatur Revolusi itu untuk Khomeini. Ketika merangka undang baru kerajaan Khomeini, puak liberal dalam kerajaan Khomeini pimpinan Mehdi Bazargan mengemukakan draf undang-undang mereka kepada Khomeini. Khomeini menolak draf undang-undang tersebut, lalu mengemukakan undang-undang hudud syiah dibentangkan di hadapan pakar-pakar undang-undang dunia yang dijemput bersama dalam perbahasan tersebut.  Wakil Amerika yang hadir bernama Ramsey Clark bekas setiausaha Amerika orang pertama memuji hudud syiah ciptaan Khomeini sebagai undang-undang teokrasi terbaik didunia! Dengan undang-undang itulah kerajaan Syiah Iran menyembelih umat Sunni setiap tahun terutama dari wilayah Zahedan, Ahwaz, Balushistan dan lain-lain. Itulah hudud yang terbaik di dunia.

Siapakah yang menguatkan imej Iran melalui perang psikologi? Amerika melabel Iran sebagai paksi Iblis, manakala Iran melabel Amerika sebagai setan besar, sehingga idea ini muncul dalam ucapan dasar dan ceramah-ceramah politik di Malaysia dengan gambaran kerajaan sekular pro-Barat itu setan! Dari sanalah punca semuanya itu. Amerika membekukan aset Iran, tetapi Iran masih berhubungan dengan Amerika menerusi kedutaan Switzerland. Aset Iran dibekukan tapi tidak sampai setahun Iran boleh membuat perjanjian senjata dan membeli senjata dari Amerika di mana penghantarannya melalui Israel sepanjang perang Iran - Iraq (1981-1988). Termasuk dalam perjanjian itu ialah strategi menghapuskan loji nuklear Osirak di dalam wilayah Iraq semasa perang itu berlangsung. Amerika dan Iran sama-sama berpakat menunjukkan permusuhan, memutuskan hubungan diplomatik tetapi sama-sama berpakat di belakang untuk menakluk Iraq melalui strategi melemahkan Iraq dengan perang yang sangat lama, sebelum dilibatkan dengan pelbagai konflik sehingga jatuh berguguran di atas riba Iran melalui Amerika.

Saddam mengalah mahukan perang dihentikan tetapi Khomeini mahukan perang berlanjutan, supaya Iraq lemah kerana Amerika mahukan Israel selamat dari ancaman Iraq, sebab itu ada perjanjian memusnahkan senjata nuklear Iraq ketika berperang dengan Iraq. Khomeini sudah pun membuka pejabat buangan Syiah dari Iraq ketika perang di Tehran seawal perang dengan Iraq bermula.

Di situlah ditempatkan pemimpin spiritual Syiah Iraq bernama Ayatollah Baqir al-Hakim, dan saudaranya Aziz al-Hakim bersama pemimpin politik parti Da'wa Islamiyah, Nuri al-Maliki. Pada masa yang sama Amerika menjalinkan hubungan dengan Ahmad Chalabi, Syiah Iraq di London dan New York. Manakala puak Kurdis pro-Russia di sempadan perlu disatukan menjadi barisan terkuat di bawah payung Kongres Nasional Iraq (INC) bersama Chalabi, Aziz al-Hakim dan Nuri al-Maliki yang diasuh oleh Khomeini di Tehran.

Saddam yang kerugian dan lemah itu dihasut oleh Amerika supaya melanggar Kuwait untuk mencari duit menyara negara yang sudah kontang kerana perang yang lama dengan Iran, menimbulkan kemarahan Arab Saudi kerana Kuwait sekutu utama pernah menyelamatkan dinasti itu dari rampasan kuasa. Datang pula Russia memaparkan imej satelit mempropagandakan Iraq sudah masuk di sempadan Saudi, lalu membuatkan negara arab tersebut ketakutan dan seharusnya membela Kuwait serta mengelakkan Saddam menjajah mereka pula.

Saddam diperangkap dalam konflik lengkap bermusuh dengan Iran dan bermusuh dengan Arab (Saudi & Kuwait) supaya dibenci seluruh dunia dan memberi alasan yang kuat kepada Amerika di bawah Bush Tua untuk melanggar Iraq secara sah menurut perang psikologi. Presiden Bush Tua merupakan konspirator Yahudi yang pernah berpakat dengan Khomeini di Paris untuk memenangkan Reagan. Menurut perjanjian itu, Iran akan membebaskan tawanan diplomat di Tehran untuk dibawa balik ke Amerika sebagai kempen untuk memenangkan Reagan, Amerika pula menjual senjata kepada Khomeini untuk berperang dengan Iraq dalam tempoh yang lama, anehnya urusan berlaku semasa aset Iran dibekukan. Tetapi bukanlah payah kerana penyangak saudagar senjata berbangsa Iran, bernama Manucher Ghorbanifar menjadi orang tengah di pasaran gelap.

Bush Tua tidak berhenti-henti menyerang Saddam atas alasan menyerang Kuwait walapun secara mudahnya Saddam sudah pun lumpuh dan hanya mampu menghantar peluru scud buatan Russia (bukan Amerika) ke Israel setelah menyedari konspirasi Iran dan Amerika untuk tujuan keselamatan Israel. Walaupun perang sudah tamat, gencatan senjata berlaku, Iraq sudah mengangkat bendera putih, Amerika, PBB dan Barat seringkali menghasut dunia antarabanga merestui serangan berkala dari zon bebas perang yang ditadbir oleh Amerika dan tentera bersekutu ke atas Saddam. Jika Saddam bertindak balas ke atas serangan dari pihak Kurdis dan Syiah maka bertalu-talu bom digugurkan ke atas Iraq dari wilayah zon bebas perang.

Dua kumpulan besar suku Kurdis bertelagah antara pihak Barzani dan Talebani dua sekutu Chalabi yang masih cuba disatukan oleh CIA menerusi Rendon Group syarikat penaja INC di bawah pimpinan Chalabi di Washington. Apabila saling bertempur, Barzani menjemput Saddam melanyak pihak Talebani, ketika Saddam melanggar Kurdis di Halabja, Chalabi berada diwilayah tersebut merencanakan beberapa serangan gerila dibawah INC dan seliaan Amerika tetapi gagal dan tidak tersusun, tetapi Chalabi menjemput militia-militia Syiah yang dipersenjatakan Iran (senjata Amerika) masuk campur dalam serangan itu.

Maka gemparlah dunia Saddam menggunakan gas klorin melanggar suku Kurdis, berita itu datang menghapuskan jumlah yang besar etnik Kurdis di utara Iraq, berita ini datang dari radio-radio transmiter yang dipasang oleh INC di sempadan Iraq bertujuan melakar imej Saddam sebagai diktator nombor satu di dunia. Kemudian suku-suku Syiah di selatan dihasut melancarkan serangan bunuh diri ke atas Saddam antaranya dipimpin oleh Nuri al-Maliki sendiri.

Saddam bertindak ke atas etnik Syiah ini kerana faktor keselamatan negara dari ancaman luar iaitu gerakan bersenjata diremote dari Amerika dan Iran selepas Khomeini berada di bawah tanah dan tempatnya digantikan oleh Khamenei. Kecoh satu dunia berita pelanggaran Saddam melakukan 'ethnic cleansing' terhadap suku Syiah di Dujail secara besar-besaran melalui media antarabangsa bersumberkan berita syarikat pimpinan Chalabi. Maka lengkaplah kediktatoran Saddam ke atas penduduk Iraq terutama etnik Kurdis yang menuntut negara berasingan dan etnik Syiah yang dianggap penduduk majoriti menurut pakar sejarah Yahudi, Hana Batatu.

Di belakang kejadian ini ada Ahmad Chalabi dan Khomeini yang mengatur Jalal Talebani, Masud Barzani, Aziz al-Hakim, Nuri al-Maliki dan pimpinan pembangkang Saddam. Selepas peristwa 9/11 dan Taliban digulingkan di Afghanistan, penaklukan ke atas Iraq diatur dengan lebih jelas bukan lagi serangan tidak tersusun oleh Chalabi yang merugikan strategi CIA.

Saddam yang kerugian besar ketika berperang dengan Iran selama 8 tahun, cuba menutup masalah kewangan dengan merampas semula telaga Rumaila wilayah asalnya di dalam Kuwait hasil hasutan dan helah Amerika untuk menjerut lehernya dengan beban baru iaitu kerugian yang amat dahsyat dan kelumpuhan kewangan secara total kerana menanggung pampasan gantirugi perang dengan Iran dan Kuwait, sekatan pembelian senjata, malah bekalan minyaknya hanya boleh diurusniagakan dalam bentuk jual minyak untuk makanan atau program 'Oil For Food' oleh PBB.

Malah Saddam satu-satunya pemimpin dihina oleh dunia kononnya menyimpan senjata dalam bilik tidur dan PBB membuat pemeriksaan tersebut berkali-kali, bagi mencari alasan Iraq menyimpan WMD yang akan mengancam rantau Teluk dan Israel. Alasan yang cukup kuat untuk menggulingkan pemimpin Iraq tersebut.

Padahal Saddam hanya merekrut rakyat pelarian Palestin menjadi polis dan pasukan keselamatan negaranya dan sangat bersimpati dengan nasib Palestin. Kualiti senjatanya ketika mempertahankan Iraq hanya tinggal kereta kebal buruk dan senjata ringan kerana senjata berkemampuan tinggi sudah dilucutkan dan dirampas kerana peluru Scud telah terbang ke wilayah Yahudi itu. Yahudi sangat mengambil pelajaran di situ. Mereka mengetahui dengan imej Saddam yang begitu buruk tiada sebuah negara arab dan Islam berani bersekongkol dengan beliau.

Perancangan Intelek Yahudi bersama orang-orang Syiah di Iraq yang menjadi kuncu Iran untuk menakluk Iraq berakhir di kota London pada 14-17 Disember 2002 mengumpulkan wakil Menteri Luar Iran, Jawad Zharif (kini menjawat menteri Iran), Zalmay Khalilzad, duta Amerika berketurunan Afghanisan, pegawai PBB, pemimpin-pemimpin pembangkang Iraq sama ada sunni sekular seperti Adnan Pachachi dan Tariq al-Hashemi, kepala-kepala Syiah Iraq, ketua suku Kurdis Iraq, bekas-bekas tentera pembelot dan bersama anak-anak raja Faisal monarki di Iraq dalam buangan (kerabat diraja Jordan) dan wakil-wakil parti Komunis Iraq.

Perbalahan menentukan siapa pemimpin Iraq selepas Saddam dalam persidangan mirip situasi Persidangan Bonn untuk menggulingkan Taliban di Afghanistan setahun sebelumnya. Atas desakn CIA, Chalabi berunding dengan wakil-wakil Kurdis di utara Iraq bagi memuaskan hati suku itu terhadap kepentingan mereka pasca kejatuhan Iraq. Selepas Iraq digulingkan pada 2003, beberapa hari selepas Yahudi seluruh dunia merayakan hari Purim.

Marja'iyah Iraq senior berbangsa Iran, Ayatollah Sayyid Ali Sistani melarang orang-orang Syiah menentang tentera Amerika dan Iran masuk menjajah Iraq dan beliau dicalonkan untuk anugerah noble keamanan kerana menyeru perdamaian tersebut. Iraq ditakluk dan pemerintahan Iraq diletakkan di bawah eksekutif Yahudi bernama Paul Bremer, sebelum diserahkan kepada tokoh syiah Iyadh Alawi, bermula lah detik kecelakaan rakyat Sunni Iraq dan seluruhnya, Saddam City bertukar kepada Sadr City, satu persatu bandar Sunni jatuh ketangan Syiah. Pembersihan etnik Sunni mula berlaku menerusi pasukan keselamtan dalam negeri Iraq yang ditadbir oleh  ketua gerila Syiah maka mulalah pembunuhan secara besar-besaran, penjara dipenuhi orang sunni yang disembelih ratusan orang setiap bulan sehingga kini.

Ratusan ribu setiap bulan rakyat Iraq menjadi pelarian. Bagi melengkapkan penipuan kononnya Syiah 60% di Iraq, rakyat Iran dibawa masuk menghuni kawasan Sunni yang dihalau, dibunuh dan disembelih dengan gas beracun, bom berangkai dsb.. tidak jauh bezanya dengan Syria hari ini. Rakyat Iraq dibawa masuk untuk memberikan kelebihan kepada etnik Syiah dalam pilihanraya berat sebelah mengakibatkan etnik Sunni terpaksa memboikot dalam keadaan nasi sudah menjadi bubur.

Pelengkap konspirasi para penjahat penjahat perang ini, Saddam berjaya ditangkap oleh tentera Amerika dalam sebuah lubang, diserahkan kepada kerajaan Syiah Iraq. Sebagai tanda penghinaan agama yang hormat dari saudara-saudara 'Syiah' min ahli al-Islam kita di Iraq, beliau disembelih oleh Muqtada Sadr anak saudara Ayatollah Baqir Sadr yang dibunuh oleh Saddam kerana memberontak, pada pagi umat islam sunni seluruh dunia merayakan hari raya korban, cukup buat umat Islam Sunni menangis berdekad-dekad kemudiannya.

Sebelum peristiwa Syria  yang sebenarnya sudah diberitahu oleh Saddam bakal menjadi target Syiah, boleh dikatakan tidak ada yang mengenali Syiah itu jahat dan tali barut Amerika. Kini deretan peristiwa kekejaman sekutu Irab, Bashar dan Russia telah terzahir di Iraq, Syria, Bahrain dan Yaman umat sudah tersedar dari lamunan dan tidur lena. Jika ada yang kata Syiah itu Islam tanda dia buta sejarah dan mungkin dia tali barut Iran yang mendapat kepentingan dari negara pembunuh umat Islam, dan hatinya tidak lagi bersama umat mulia ini.

Kita berharap satu masa nanti mereka yang bersetuju dengan syiah ini sama nasib dengan Tariq al-Hashemi pemimpin sunnah sekular Iraq yang besekongkol pada awalnya sempat menjadi timbalan perdana menteri Iraq tetapi kemudiannya diburu hingga ke lubang cacing oleh kerajaan syiah Iraq atas tuduhan teroris. Itulah nasib Sunni yang menggadaikan maruah agama dan saudara mereka kepada Khomeini di Iran.

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Terbaik! Tolong terbitkan lebih lagi artikel tuan!

    ReplyDelete
  3. amat baik tulisan tuan. semuga diizinkan kepada umat ini utk memanjangkan kpd sesame umat artikel ini.. kerana kita amat sedih masih ramai yg terpedaya dengan permainan tentera2 dajjal ini.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. BAVETLINE88.COM - Agen Judi Sbobet Terpercaya - Agen Judi dan Casino Online - Agen Judi indonesia
    Bavetline88
    Depo Casino
    Daftar Baccarat
    Agen Roulette
    maxbetcasinoindonesia

    ReplyDelete