Dalam tradisi Ahli Sunnah wa al-Jamaah, bentuk pemerintahan dan politik Islam pasca kewafatan nabi sehingga kejatuhan Uthmaniyyah adalah sistem khilafah dan monarki. Kadangkala monarki dikelirukan dengan sistem khilafah di mana menggabungkan peranan ulama dalam kerajaan sebagai sekutu pemerintah. Teokrasi atau bentuk kepimpinan agamawan tidak pernah wujud sama sekali. Teori ini dipasangkan kepada aqidah wilayah Syiah pada kurun ke-3H. Inovasi ini bergerak seiring dengan perkembangan aliran usuli di Iran semasa abad ke-16 serta kewujudan institusi khusus ulama Syiah pada abad ke-19. Velayat-i faqih menjadi propaganda Mula Ahmad Naraqi, seorang ulama liberal pada abad ke 16 dalam usaha menentang pengaruh Barat di Iran dan dicetuskan semula oleh Khomeini dalam perjuangan revolusi Iran pada 1960-an. Selepas menindas golongan liberal dan sosialis pasca revolusi Khomeini menubuhkan republik Islam dan mendirikan kerajaan di mana ulama memiliki kuasa absolut memerintah dengan kuasa veto mereka dalam sistem kerajaan teokrasi berparlimen.
Sebelum kejayaan revolusi Iran pada 1979, kebangkitan ulama PAS berlaku pasca penggulingan PAS di Kelantan pada tahun 1977, kesan percaturan UMNO menguasai politik Kelantan di mana PAS bekerjasama dengan parti Melayu itu. Kekalahan pilihanraya 1978 dan 1982 menyebabkan ulama mengkritik kepimpinan Asri Muda beraliran nasionalis kanan. Kejayaan ulama di Iran mendorong kelas menengah Melayu mengeksplorasi revolusi tersebut. Satu aspek lain ialah peranan media islamik seperti dakwah, pengasuh, dewan masyarakat dan media antarabangsa mendorong kelas menengah Melayu mengenali revolusi Iran lebih dekat.
Jaringan antara elemen revolusi di Iran terbentuk menerusi hubungan antara gerakan Islam ABIM dengan Iran membawa kepada kunjungan rahsia pemuda PAS ke Iran diketuai Mustafa Ali, Ahmad Subky Latif dan Mohamad Sabu di bawah tajaan Iran. Ini diikuti kunjungan beberapa siri pimpinan PAS termasuk Hasan Shukri, Nakhaie Ahmad dan bekas pimpinan mahasiswa pro-PAS seperti Muhammad Husein dan Taib Ahmad ke Iran. Pemergian ke Iran semestinya untuk mempelajari kepimpinan ulama di Iran memimpin perjuangan revolusi dan membentuk negara 'Islam' (sebenarnya Syiah) di Iran. Kesan dari kunjungan tersebut pemuda PAS menyimpulkan kepimpinan ulama diperlukan di Malaysia untuk membawa gerakan politik Islam lebih berjaya dan keluar dari pengaruh UMNO dan meningkatkan aspirasi perjuangan politik Islam parti itu. Selain kepimpinan ulama, penubuhan negara Islam, hasil diambil dari Iran termasuklah penubuhan Unit Amal dan peneyerapan ajaran Syiah dibawah semangat gerakan Islam politik dan perpaduan Sunni Syiah untuk menentang Zionis Barat.
Kepimpinan ulama PAS berkait rapat dengan revolusi Iran bukan sahaja dari segi masa penubuhannya malah idea kepimpinan itu sendiri merupakan modifikasi daripada gagasan vilayat-e faqih oleh Khomeini. PAS meniru gagasan vilayat-e faqih Khomeini tetapi menciplak jawatan organisasi Sunni Ikhwan Muslimun iaitu Murstidul Am, tetapi konsep dan fungsi ulama meniru gagasan vilayat-e faqih Khomeini. Modifikasi ini merupakan trial and error sayap pemuda radikal PAS terhadap kebangkitan pengaruh ulama PAS dan pertembungan golongan itu dengan kelompok nasionalis kanan pimpinan Asri Muda.
Sementara bagi ulama, mandat diserahkan kepada mereka merupakan satu kewajaran dan penghormatan kerana mereka mempelopori kebangkitan baru PAS menentang pengaruh UMNO yang menzalimi mereka di Kelantan dan berniat buruk terhadap PAS dalam kerajaan gabungan. Namun trial and error ini satu ujian yang besar, kerana ulama memikul cabaran kebangkitan Islam dipengaruhi sebuah perjuangan revolusi dari luar yang menular dalan partinya dan mereka tidak menyedari perbezaan perjuangan di Iran sangat berbeza dengan situasi Malaysia, malah perbezaan Sunni dan Syiah tidak menjadi tumpuan bagi mereka kerana dianggap sama. Persoalan sama ada ulama mengukur atau tidak kemampuan dan kesesuaian mereka terhadap teori vilayat-e faqih memberikan jawapan mengapa teori ini terpaksa dipertahankan dari serangan bukan sahaja UMNO tetapi kumpulan profesional parti dalam setiap muktamar parti terutama menjelang era reformasi 1998.
Satu persoalan besar mengenai gagasan ini ialah kejayaan Khomeini dibantu sepenuhnya aqidah Syiah yang meletakkan naib al-imam sebagai pengganti imam wajib dipatuhi terutama kemunculan institusi marjaiyyah dalam institusi ulama Syiah pada abad ke-19. Selain itu aqidah imamah khusus kepada Ali dan keturunannya dalam teologi Syiah merupakan pengikat antara rakyat dengan ulama Syiah, dan kedudukan Khomeini sebagai sayyid memberikan kelebihan pada beliau. Selain sayyid berserban hitam (mitos Syiah waris Nabi) Khomeini dipersiapkan oleh Kazem Shariatmadari dengan gelaran Ayatullah al-Uzma satu gelaran yang menyelamatkan beliau dari hukuman gantung oleh Shah Iran dan memberikan kelebihan kepada beliau untuk mempin kerajaan Revolusi tatkala pengaruh Shariati berakhir pada 1977 dan ulama senior Syiah di Iran belum menampakkan hidung belang Khomeini mengaut keuntungan revolusi untuk menjadi Imam Mahdi. Pasca kemenangan revolusi barulah tembelang terbongkar dan berlaku penentangan terhadap Khomeini yang dirintis oleh Shirazi, Montazeri dan Kazem Shariatmadari.
Kejayaan Khomeini mengetuai kumpulan revolusi pelbagai kelompok termasuk sosialis, liberal, bazaris, dan kaum buruh dan para pelajar memberikan rangsangan kepada pemuda PAS untuk menaja kepimpinan ulama. Mereka berharap ulama tajaan mereka mampu bertindak secara agresif dalam politik dengan menekankan sifat islam sebagai agama revolusioner menurut pemikiran Syariati dan Khomeini yang tidak ada dalam pemikiran Sunni. Ulama diharap membawa pendekatan agresif dan lebih berkemampuan bertindak sama seperti pembaharuan yang dilakukan oleh ulama-ulama Syiah di Iran. Mereka ingin melihat ulama memimpin pembaharuan melalui peranan mereka sebagai ideolog, intelektual dan mujtahid sekaligus revolusioner seperti Khomeini dan ulama Syiah yang lain atau sekurang-kurangnya berwajah seperti ulama Syiah yang hebat pada gelaran dan pakaian. mungkin ini juga mitos disebalik semangat menaja gelaran tok guru kepada ulama politik parti menerusi media parti. Setelah jenama tok guru diangkat dalam perlembagaan parti pasca REVOLUSI IRAN dan kejayaan kerajaan VELAYAT FAQIH di Iran. Satu aspek lain kejayaan velayat-e faqih bergantung sepenuhnya sebuah revolusi tradisi Syiah yang sebenarnya dibantu oleh Amerika Syarikat menerusi pakatan General Huyser dengan pasukan Khomeini yang membawa kepada perhimpunan kuasa besar memutuskan supaya menasihati Shah Iran meninggalkan negara itu untuk memberikan laluan kepada puak revolusi pimpinan Khomeini. Justeru eksperimentasi velayat-e faqih dalam kalangan Sunni sebenarnya berdepan dilema dan ulama tersepit sama ada meneruskan perjuangan dalam rangka demokrasi seperti yang dipilih oleh PAS atau menerima pendekatan revolusi sepenuhnya atau, menerima demokrasi awalnya kemudian mengubah kepada revolusi apabila gagal menerusi pilihanraya. yang terakhir merupakan hasrat sayap pemuda PAS pro-revolusi Iran dan merupakan pegangan kelompok sosialis melayu (rujuk tulisan hishamuddin rais - gagal pilihanraya turun ke jalan raya).
Dilema ulama ialah terpaksa memilih saluran demokrasi kerana mengelakkan nasib politik mereka yang diancam oleh kerajaan yang menganggap kerajaan mullah ala revolusi Iran merupakan ancaman kepada sistem demokrasi, raja berperlembagaan dan kepada kerajaan sekular Barisan Nasional. Pemilihan ulama kepada pendekatan demokrasi tetapi menerapkan radikalisme ala Iran merupakan perkara dialu-alukan. Namun penerimaan sepenuhnya terhadap demokrasi (seperti mengkhitankan demokrasi Yunani menjadi demokrasi Islam) merupakan pendekatan terhad dan menggagalkan aspirasi pemuda yang inginkan perjuangan ulama lebih radikal ala revolusi atau revolusi sepenuhnya dibawah agenda Islam sebagai agama revolusioner. Dalam erti yang lain, berbeza dengan velayat-e faqih khomeini, penerimaan ulama terhadap demokrasi membatalkan autoriti mutlak institusi ulama dan menyebabkan mereka dilihat sebagai gagal dalam eksperimentasi mereka.
Aspek terlindung dalam revolusi Iran iaitu kerjasama Khomeini-Amerika Syarikat untuk menjayakan kepimpinan velayat-e faqih di Iran tidak diberi perhatian sepenuhnya malah tidak dikaji langsung kerana mereka hanya terpukau dengan kulit yang timbul dipermukaan revolusi itu iaitu hasil di Iran ialah kejatuhan Shah sebagai boneka Barat dan musuh ulama. Kebijaksanaan Khomeini bekerjasama dengan Amerika tidak mungkin diterjemahkan oleh ulama Sunni Melayu sebagai kompromi dengan Amerika lebih-lebih lagi sekutu Barat iaitu UMNO. Mereka terjerat dengan permainan sentimen anti-Barat Khomeini dengan kritik terhadap nasionalisme Melayu. Khomeini mempunyai senjata sulit, iaitu Amerika dibelakang mereka untuk berjaya, sementara pejuang ikhlas Sunni dibius dengan sistem palsu Khomeini tanpa apa-apa senjata hanya berbekalkan semangat dan slogan radikal semata-mata. Kegagalan berasaskan faktor-faktor ini menunjukkan kepimpinan ulama merupakan sebuah ciplakan dan modifikasi yang belum siap dan tidak mencair dalam komuniti mereka sendiri. Sebab itu sejak penubuhan gagasan kepimpinan ulama yang mengambil pendekatan radikal semasa zaman yusof rawa hingga era moderat yang menampilkan pendekatan moderat era fadzil nor serta era separa radikal-moderat era hadi awang, kepimpinan ulama terpaksa dijelaskan prinsip dan sifat serta harapan pada ulama dalam kebanyakan ucapan dasar muktamar agung dalam tempoh yang agak lama sehingga kini. ini membuktikan kepimpinan ulama masih belum siap dirangka, ulama sendiri belum memahami peranan dan tugas mereka serta gagasan itu tidak diterima dan difahami sepenuhnya oleh pimpinan dan ahli parti. Kejayaan di Kelantan kerana faktor tersendirinya, ditutup dengan kegagalan mempertahankan terengganu dan kedah.
Akhirnya kerana sifatnya berbeza dengan kerangka asal dari Iran dan statusnya eksperimentasi maka kepimpinan sebenarnya gagal bahkan sudah ditolak oleh kepimpinan pemuda parti pada muktamar 2003. Serangan terhadap ulama sebenarnya dimulakan sejak tahun 1990-an oleh penggerak media parti itu sendiri dan mereka menggunakan saluran luar untuk mengkritik ulama dalam harakah selepas kekalahan Terengganu, dengan menjadikan Hadi Awang sebagai target utama, lebih-lebih lagi isu UG yang terpaksa dinafikan oleh pimpinan dan kader-kader ulama untuk menimbus kritikan dalaman dan luaran terhadap parti.
Ulama mengukur kejayaan mereka melalui usaha dakwah secara politik yang dihasilkan di mana sebahagiannya mereka turut menjadi alat kepada profesional media parti untuk menjayakan konsep Sosialisme Islam. Kejayaan politik mereka hanya menguasai Kelantan yang lebih kepada keinginan rakyat bermajoriti Islam dan kuat agama serta kelebihan peribadi Nik Abdul Aziz. Experimen di Kelantan gagal di Terengganu dan Kedah walaupun dua negeri tersebut merupakan penyokong terbesar kepada parti yang turut membezakan ketua ulama mereka. Ini bermakna teori vilayat-e faqih tidak mencair dalam parti kerana ulama gagal menguasai arus perdana dan kepimpinan tertinggi negara. Kedudukan ini mendedahkan teori dan ulama kepada protes dalaman terutama dari kelompok pemuda yang menaja gagasan itu dalam parti diperingkat awal.
Kepimpinan ulama kekal menjadi teori yang cuba diperkukuhkan menerusi penubuhan dewan ulama, Majlis Syura Ulama menerusi pindaan perlembagaan 1977 yang memberikan penguasaan total ulama terhadap parti dipelbagai peringkat khususnya Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden dan Pesuruhjaya Negeri termasuk Ketua Pemuda.
Ujian pertama trial and error ini menemui kegagalan apabila PAS di bawah pimpinan ulama menerima kekalahan besar dalam pilihanraya 1986, pilihanraya pertama parti itu dibawah kepimpinan. Golongan ulama menyalahkan tarikh pengumuman pilihanraya yang awal sebelum kejayaan CCC serta provokasi berlebihan UMNO terhadap parti itu, tetapi respons dalaman parti menyatakan idea pemisahan dari nasionalisme secara drastik menjadi punca utama. Lebih penting menerima inspirasi Iran, ulama politik sangat politikal, radikal dan retorikal. Seperti Khomeini, sikap terhadap ulama kerajaan sangat agresif mereka dituduh ulama dunia, ulama upahan serta terompah kayu. seperti khomeini juga Mursyidul Am yang moderat tetapi terinspiratif dengan Iran, Yusof Rawa menolak asabiah nasionalisme secara total, memisahkan mereka dengan pemikiran Hasan al-Banna untuk memisahkan parti dari pengaruh UMNO melalui kuncu-kuncu Asri Muda. Peristiwa Lubuk Merbau menggambarkan provokasi UMNO tetapi Amanat Hadi (1981) menjelaskan keradikalan disulami isu takfir, taghut, jahiliah, mati syahid, mustakbirin dan mustad'afin menjelma dalam peristiwa Memali (1984).
Serangan retorik terhadap UMNO seperti melabel Islamisasi kerajaan sebagai masjid dirar, Islam Amerika atau Islam Kosmetik menunjukkan idea radikal Syed Qutb digabungkan dengan semangat negara Islam versi Khomeini menguasai kepimpinan ulama. Penjenamaan parti sebagai Hizbullah melengkapkan usaha menimbuskan kerja-kerja Islamisasi UMNO yang turut dirintis oleh ulama parti mereka dalam gabungan bersama UMNO terdahulu. Jenama Hizbullah begitu inspiratif bagi pemuda PAS apabila muncul kumpulan Hizbullah pro-revolusi Iran yang terpaksa ditangani sendiri oleh ulama melalui calon ketua pemuda mereka, Abu Bakar Chik mengatasi Mohamad Sabu dan rangkaiannya.
Usaha mengiktelektualkan ulama gagal kerana fokus terhadap politik secada berlebihan. Apa yang lebih penting tema-tema agresif, dikotomi dialektik, retorikal, politikal ini terpaksa diubah kepada pendekatan pragmatik dibawah kepimpinan ulama yang lebih moderat menukar arus parti daripada strategi meyerang kepada menenerang, dirintis oleh Fadzil Mohd Noor. Strategi bergabung dengan Semangat 46 ditentang oleh kumpulan Hizbullah pro-revolusi Iran dalam sayap pemuda, tetapi akhirnya turut akur menghasilkan kejayaan di Kelantan.
Bersambung...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBAVETLINE88.COM - Agen Judi Sbobet Terpercaya - Agen Judi dan Casino Online - Agen Judi indonesia
ReplyDeleteBavetline88
Depo Casino
Daftar Baccarat
Agen Roulette
maxbetcasinoindonesia