KANGAR: Pengikut tegar Syiah di negara ini difahamkan mula menukar taktik menyebarkan fahaman berkenaan dengan mengeluarkan buku sebelum diposkan secara percuma kepada orang ramai, terutama kepada golongan kenamaan dan ahli politik.
Setakat ini, lima buku fahaman Syiah dikesan disebar secara meluas kepada golongan kenamaan majoriti ahli politik dan tokoh agama seluruh negara, termasuk di Perlis.
 Semua buku berkenaan dikatakan  dipos menggunakan khidmat kurier dari satu destinasi menggunakan nama  Markas Syiah Johor, sekali gus membuktikan fahaman terbabit yang  diwartakan sebagai ajaran sesat di beberapa negeri sekitar negara ini  masih wujud.
Sumber Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), berkata buku berkenaan yang cenderung menyokong fahaman Syiah sudah lama disebarkan secara meluas melalui pos ke serata destinasi di seluruh negara.
  Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil  menanganinya walaupun alamat pengirim buku terbabit jelas tertera pada  sampul surat digunakan.
 Sumber itu berkata, selain golongan  pemimpin politik termasuk Menteri Besar, buku terbabit juga diedar  kepada mufti dan imam, dipercayai bertujuan memperluaskan lagi pengaruh  fahaman Syiah di negara ini.
“Antara judul buku terbabit termasuk ‘Benarkah Salafi Wahab Pemusnah Islam & Pembunuh Umatnya?, Meniti Titian Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Inilah...Al-Khulafa Ar-Rasyidin Rasul!! yang isi kandungannya jelas menunjukkan kecenderungan kepada fahaman terbabit,” katanya.
 Kelmarin Pengerusi Biro Agama Arau, Dr Ammar  Hassan, melahirkan kebimbangan terhadap penyebaran buku fahaman Syiah  terbabit kepada umat Islam di Perlis.
http://www.hmetro.com.my/articles/Posbukugunakurier/Article/
 
 
Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betonline
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Conte: Batshuayi Berkembang Pesat
Tampil Apik Lawan Chelsea, Tom Davies Berharap Everton Bangkit
Buntut Teror New York, Trump hapus visa
Ambon diguncang Gempa 4,6 SR