Saturday, December 2, 2017

SOKONG SAUDI PRO-AMERIKA, BAIK PRO- IRAN ! (Part 2)

Satu cara untuk 'menghalalkan' hubungan Ikhwan dan Iran atas alasan Ikhwan sering tertindas oleh kuasa Arab dan dimusuhi oleh Saudi ialah dengan menyambut seruan Iran, taqrib Sunni- Syiah. Iaitu menganggap Syiah Iran tidak sesat, sebahagian daripada mazhab Islam muktabar. Usaha melaga-lagakan Sunni-Syiah ialah agenda grand design Zionis. Selepas itu semuanya Iran itun adalah baik dan suci, Iran tidak pernah membunuh umat Islam malah pembela umat Islam nombor satu terutama di Palestin. Segala kerja jahat Iran di Iraq dan Syria adalah fitnah Zionis semata-mata.

Mereka lupa dinasti manakah yang membantah tindakan Jamal Abdul Nasir membunuh pimpinan Ikhwan dalam penjara di Mesir dulu dan negara mana yang membuka pintu kepada pimpinan dan ulama Ikhwan Mesir era 50-60an dulu. Malah pimpinan Ikhwan ada yang menghabiskan nyawa mereka di Arab Saudi termasuklah adik kepada pimpinan ideolog Ikhwan sendiri, Muhammad Qutb.

Pertikaian Ikhwan - Saudi adalah sebab politik semata-mata kerana Saudi adalah negara dan Ikhwan adalah pendatang di Arab Saudi yang diselamatkan oleh Malik Faisal, kemudiannya mengkritik dasar Saudi dalam perang Iran-Iraq dan Perang Teluk 1991. Pendirian Saudi adalah pro- Amerika sesuai strategi yang dipilih oleh mereka sebagai sebuah negara manakala pendirian Ikhwan adalah pendirian hanya sebuah gerakan Islam untuk menguasai negara-negara Arab. Banyak rahsia pertembungan antara kedua pihak yang berbeza dasar dan fizikalnya tidak dicerap dengan benar dan tidak diadili dalam bahasa politik yang betul.

Oleh kerana Saudi pro-Amerika maka ia adalah pesalah mandatori sementara Ikhwan yang selalu ditindas dan mula bermusuh dengan Saudi maka selalunya adalah benar. Apabila Ikhwan menjalinkan hubungan dengan Iran, musuh Saudi maka itulah kebenaran mutlak dalam agama ini.

Ramai yang lupa kronologi hubungan Saudi-Ikhwan bukannya bermula dengan permusuhan,  malah pertembungan selepas krisis teluk adalah faktor pendirian dasar politik antara sebuah negara dan sebuah gerakan Islam. Mana mungkin memaksa ideologi gerakan Islam pada sebuah negara monarki yang memiliki sifatnya sendiri. Saudi semestinya tidak akan menerima dasar sebuah gerakan revolusi kiri untuk politik monarki kerana Saudi bukannya Mesir ! Sikap Ikhwan menyebelahi musuh politik Saudi dan kepentingan dinastinya serta menjalinkan hubungan baik dengan Iran pasca Perang Teluk pastinya perkara yang tidak dapat diterima sama sekali kerana gerakan kiri merupakan musuh ketat monarki tersebut. Pendirian tersebut turut menjerumuskan sebahagian besar serpihan Ikhwan di negara Arab seperti Hamas dan gerakan Islam pro-Ikhwan termasuk di negara ini menjalinkan hubungan dengan Iran dan pro Hizbullah di Lubnan. Ini kerana selepas kejayaan revolusi Iran, Khomeini menjalankan eksport revolusi ke negara-negara Arab dengan menaja dan membiayai gerakan Islam, membekalkan senjata kepada gerakan pemisah di negara-negara Arab serta mendekati seluruh gerakan Islam di seluruh dunia seperti menaja kehadiran pimpinan mereka ke persidangan gerakan Islam di Tehran. Persidangan tersebut ditaja untuk menghasut dan membius seluruh gerakan Islam sedunia menerima ideologi revolusi kiri Iran dengan sasaran utama negara-negara Arab.

Persoalan apakah ideologi jihadi Ikhwan sesuai dipraktikan dalam sistem monarki Arab Saudi tidak dibahaskan dengan harmoni. Jika boleh ditimbulkan persoalan, apakah sesuai ideologi Taliban atau al-Qaeda diamalkan di Malaysia tatkala hubungan PAS dan UMNO yang harmoni masa kini. Malah semasa awal ideologi Khomeini disambut dengan ghairah dulu, pimpinan PAS dan ABIM begitu ketakutan dengan provokasi BN dan secara bertalu-talu menolak konsep revolusi ala-Iran untuk berdepan dengan monarki berperlembagaan. Demikianlah sifat politik gerakan Islam apabila berdepan dengan sistem yang berkuasa.

Kritikan Ikhwan dan pendirian Ikhwan menyebelahi musuh negara itu sudah pasti memberikan kesan pada dasar negara Saudi dan memaksa mereka bertindak lebih agresif. Namun bahasa politik gerakan tertindas hanya mengenal membela kelompok tertindas dari penguasa zalim manakala penyokong kedua-dua belah pihak yang sering menghukum lawan bagaikan lupa politik dunia dibahagikan kepada dua kutub utama yang bertujuan menghapuskan sistem dan kerajaan Islam secara tersusun.

Realiti hubungan Saudi-Amerika adalah kerana pilihan yang terpaksa demi menyelamatkan jangka hayat dinasti mereka yang dikeliling oleh musuh politik mereka. Samalah seperti nada PAS menuduh UMNO agen Israel dan laknat taghut, satu masa lalu tapi kini mengambil pendirian pelik berbaik dengan UMNO atas alasan dakwah dan politik matang.Hakikatnya pendirian tersebut kerana tujuan politik pasca perpecahan dalaman. Jika dulu pihak di sana agen Amerika dan agen Zionis mengapa kini sanggup berbaik dengan pihak yang wajib diperangi dan pernah menjadi jihad yang utama? Ia tidak lain kerana dulu terpengaruh ideologi Khomeini dan terlalu teruja dengan pemerintahan Syiah beliau.

Mengapa sanggup 'bersama' agen Amerika atas alasan kematangan berpolitik? Bukankah selama ini agen Zionis telah menganiayai dan menindas 'kita' berpuluh kali. Inilah namanya politik. Jika Saudi agen Amerika kita pun terpaksa bersama sekutu Amerika kerana faktor politik tidak boleh berpisah dari realiti pertembungan Islam-Barat dan perang antara kuasa-kuasa dunia. Begitulah realiti politik.

Vacum kronologi pertembungan Ikhwan-Saudi sebelum perang teluk dan terutamanya selepas 1991 hanya dicerap sebelah mata dan kabur, walhal banyak peristiwa besar yang melibatkan dasar kedua-dua pihak yang penting dicerap dengan adil daripada kedua-dua pihak, terutamanya perang afghanistan, 9/11, gagasan perang terhadap keganasan, Arab Spring, penjajahan Iraq dan Syria serta isu terkini hubungan Saudi-Qatar-Ikhwan.

Kelemahan ini adalah kerana memandang sejarah hanya perlu dirujuk kepada isu Palestin, Ikhwan, Hamas, hubungan Saudi-Amerika semata-mata selepas nama perjanjian Siko-Biko (Sykes-Pickot). Selepas Siko-Biko, nama Saudi keluar, nama Arab keluar, selepas itu nama Iran pembela umat Islam paling last, konflik sunni-syiah mainan kuasa Barat. Segala pada Syiah itu tampaknya baik belaka, kerana Iran lawan Amerika, modal begini sudah sangat lama dan perlu diberi nafas baru.

Sepatutnya dibawakan cerita yang lebih advance, nas-nas hadis Muslim yang menyebutkan Dajjal akan muncul di Khurasan (Isfahan) dan pengikutnya memakai jubah Parsi Tayalisah, kemukakan hadis-hadis Syiah kata Dajjal itu ialah Imam ke-12 mereka. Atau paling kurang Baqir Majlisi ulama hadis Syiah era Safawi pujaan Khomeini itu rupanya bekas pendita Yahudi patutlah ajaran Syiah ni ekstrem memusuhi Islam. Cerita-cerita demikian membuatkan mata jadi segar dan otak lebih berfungsi mendorong pembacaan yang luas.

Jika sekadar mengulang-ulang Siko-Biko dan tahun-tahun awal abad 20 serta mempopularkan Saudi adalah pengkhianat manakala Ikhwan lebih bagus kerana disokong oleh wira umat Islam, Iran tu merupakan fakta yang sudah tepu.

1 comment:

  1. BAVETLINE88.COM - Agen Judi Sbobet Terpercaya - Agen Judi dan Casino Online - Agen Judi indonesia
    Bavetline88
    Depo Casino
    Daftar Baccarat
    Agen Roulette
    maxbetcasinoindonesia

    ReplyDelete