Ketika tulisan ini ditulis golongan Syiah Melayu sedang berpesta meraikan kemenangan besar mereka ke atas golongan Ahli Sunnah di Malaysia iaitu keputusan mahkamah syariah membebaskan tokoh mereka serta penceramah warga Iran dari pertuduhan menyebarkan ajaran Syiah di pusat mereka. Kemenangan ini sangat besar ertinya kepada mereka kerana satu institusi undang-undang terbesar Ahli Sunnah tidak mampu menyekat mereka dari terus berkembang di Malaysia. Bahkan beberapa hari sebelum keputusan diumumkan ketua Syiah Melayu dengan penuh rasa yakin bahawa kemenangan pasti berpihak kepada mereka melampirkan dokumen-dokumen penting perbicaraan untuk tatapan umum dalam blognya bagi menyatakan mereka sebenarnya sangat yakin mampu memenangi kes ini. Hari ini keputusan benar-benar berpihak kepada mereka. Nah, manakah lagi institusi agama Ahli Sunnah yang mampu menyekat kami! Mereka tidak akan mampu dan undang-undang pasti berpihak kepada kami!
Penulis tidak mahu memberikan komentar terhadap keputusan mahkamah. Hakikatnya kita sedia maklum, seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini, Syiah bukan sekali telah turun naik ke mahkamah, tahanan ISA dan lain-lain serbuan sama ada secara heboh atau tidak, kita sudah mengetahui di penghujungnya pasti orang-orang Syiah akan dibebaskan. Kita lihat bagaimana selepas dikenakan tahanan ISA awal tahun 2000, kita lihat bagaimana Syiah sebagai minoriti telah meningkatkan pertumbuhan hauzah-hauzah mereka dengan cepat, tiada taranya setelah mereka sedar di belakang mereka ada pertubuhan-pertubuhan yang besar di peringkat antarabangsa yang akan menyokong dan akan berjuang untuk mereka di atas alasan kebebasan hak minoriti, kebebasan bersuara, menyatakan fikiran dan sebagainya. Hasilnya hari ini kita lihatlah Syiah Melayu telah menghantar memorandum mereka kepada Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, SUHAKAM, surat-surat kepada menteri-menteri kabinet bagi menuntut mereka dilayan dengan mesra dan bebas sebagai hak penganut agama minoriti dan menuntut mereka disamakan sebagai golongan Islam. Dokumen-dokumen sebegini kita lihat pasti salinannya disertakan kepada pertubuhan besar antarabangsa supaya pihak luar akan peka terhadap isu mereka di Malaysia.
Sebagai contohnya, penulis tidak terkejut bila rakan penulis mewakili Malaysia ke Iran dalam Tilawah al-Quran dihadapkan soalan bagaimana keadaan Syiah di Malaysia ketika sepatutnya soalan berkaitan tafsir Al-Quran ditujukan kepada beliau. Soalan itu sangat mengejutkan beliau dan beliau tidak menyangka Iran menggunakan pertandingan sebagai platform untuk memperjuangkan rakan-rakan seagama mereka di Malaysia. Keadaan ini mengesahkan bahawa isu Syiah di Malaysia sukar untuk diselesaikan tidak seperti kumpulan Arqam yang bersifat domestik, kerana Syiah adalah gerakan antarabangsa. Kenyataan bekas PM bahawa Malaysia tidak mampu sekat Syiah kerana Iran merupakan salah satu rakan dagangan terbesar negara ini. Pernah satu ketika visa kemasukan orang-orang Iran ke negara ini diperluaskan secara besar-besaran untuk 70 juta rakyat Iran sebelum ditarik balik. Perkara ini sangat diketahui dengan jelas oleh orang-orang Syiah Melayu dan mereka sangat yakin dengan situasi ini, maka tidak hairanlah sebelum keputusan mahkamah diumumkan, dokumen-dokumen perbicaraan dipaparkan kepada masyarakat Malaysia supaya Sunni faham bahawa mereka sangat yakin untuk menang.
Kesimpulan kepada perkembangan dan situasi di atas menjelaskan kepada kita Syiah sebagai komuniti minoriti memiliki ruang yang terbuka untuk penyebaran agama mereka sementara golongan Sunni di Malaysia berada pada tahap memalukan dan sangat lemah. Tidak hairanlah para propagandis mereka menyebarkan angka penganut Syiah Melayu mencecah ratusan ribu bagi menunjukkan bilangan mereka meningkat secara mendadak bagi mengecutkan perut Ahli Sunnah dan mematahkan semangat mereka untuk berdepan dengan Syiah. Setiap masa Syiah memperolok-olokan Ahli Sunnah serta keyakinan mereka dengan pelbagai cara tetapi perkara ini tidak pernah dipedulikan. Kenyataannya kita tidak mempedulikan angka jumlah atau bilangan tersebut dan strategi yang mereka cuba letakkan pada angka ratusan ribu tersebut.
Perkara paling penting ialah kita perlu persoalkan sikap dayus para agamawan kita dalam persoalan penyebaran agama Syiah di negara ini. Syiah dalam jumlah yang minoriti berhempas pulas menggunakan pelbagai ruang dari mendekati ahli keluarga mereka yang masih Sunni sehingga kepada memorandum kepada kuasa tertinggi negara ini, dari strategi gerakan bawah tanah secara illegal sehingga kepada pemanggil tetap kepada radio IKIM, dari penjual bahulu kepada pengusaha-pengusaha produk kesihatan, dari kelompok OKU yang lemah hingga menjadi guru, peguam, pensyarah universiti dan tokoh-tokoh politik ternama, dari sebodoh-bodoh tahap keilmuan sehingga kepada penulis politik, wartawan, editor akhbar dan pemikir falsafah sains di universiti yang terkenal, itu belum termasuk guru-guru agama di sekolah, penceramah surau masjid, penggiat sastera dan panelis televisyen. Kerana kesedaran bahawa kelompok minoriti memerlukan perjuangan bertali arus sebelum menjadi aliran perdana, golongan Syiah tidak kenal penat dan lelah seperti sifat kedatangan kaum bukan Melayu yang mendiami tanah Melayu dan menguasai ekonomi negara.
Sementara golongan cerdik pandai Melayu yang mengaku sebagai umat Islam di negara ini masih mendabik dada bahawa merekalah kelompok majoriti, undang-undang, jabatan agama, politik menyebelahi mereka dan mereka tidak perlu risau dengan keadaan ini. Pada pandangan semua barangkali isu-isu agama ini hanya perlu diselesaikan dalam erti dikotomi PAS dan UMNO sahaja. Oleh itu mereka tertunggu-tunggu penceramah dan ahli politik dari kedua-dua parti untuk mengeluarkan arahan untuk bertindak bila masanya sesuai. Dalam keadaan rasa selamat ini mereka tidak menyedari kubu-kubu Syiah tertunggu-tunggu peluang yang terhidang untuk menghijack minda mereka yang beku tersebut. Kita masih ingat bagaimana Syiah melancarkan strategi licik menghadiahkan buku-buku mereka kepada masjid surau secara percuma di seluruh negara semasa bulan puasa beberapa tahun yang lalu dan taktik ini tidak mendapat respon sewajarnya dari masyarakat sebagai tanda prihatin dengan situasi ini. Yang ada hanya berbentuk khutbah dan kenyataan pegawai yang menguruskan kes tersebut. Apakah itu memadai?
Masyarakat Islam di Malaysia sepatutnya tidak lagi perlu bergantung harap sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam isu ini. Apa pun keputusan mahkamah golongan Syiah dengan kepercayaan dan sikap etnik minoriti mereka pasti memanfaatkan sepenuhnya peluang yang terhidang. Kita sebagai golongan yang memiliki kesedaran yang tinggi dan meyakini hanya aqidah Ahli Sunah merupakan satu-satunya aqidah dan firqah yang selamat seperti yang dijanjikan oleh Baginda nabi s.a.w harus membuka mata seluas-luasnya terhadap strategi Syiah di negara ini. Para agamawan perlu menjadi contoh kepada masyarakat bahawa Islam memiliki tradisi yang kukuh bila berhadapan dengan isu ini. Usah berpegang pada khayalan yang rapuh dan teka teki yang tidak berkesudahan terhadap isu taqrib antara Sunni dan Syiah dan khayalan Syiah ini menerima kita sebagai saudara mereka dalam keadaan hari ini mereka ternyata tidak berpihak kepada sunni yang tertindas di Syria. Dalam isu Syria apakah Iran bersama Ahli Sunah ketika Syiah membedil dan membunuh Ahli Sunah dengan sangat kejam yang tidak boleh diukur lagi dengan kejadian di Palestin? Apakah kita mengharapkan Syiah sebagai saudara kita? Di Syria telah membongkarkan segalanya yang telah ditutup dengan rapi oleh Amerika bersama Iran di Iraq selama ini. Inilah harga persaudaraan Syiah berikan kepada kita ! Hanya yang buta matanya masih tergoda dengan slogan taqrib Sunni-Syiah dan agenda kursi Ja’fariyyah hasil usaha ulama’ Azhar yang separuh jalan dan tidak pernah direalisasikan oleh Univiersiti al-Azhar dan seluruh ulama’ Sunah di dunia hari ini. Adalah sangat malang idea taqrib yang lapuk ini masih menjadi bahan keutamaan selain memberikan ruang yang sangat besar kepada Syiah untuk mempersendakan keilmuan ahli Sunah di markas-markas mereka.
Satu perkara yang menyedihkan ialah kelihatan hari ini para ilmuan gagal menggunakan kelebihan tradisi keilmuan mereka dalam berhadapan isu-isu ini. Al-Azhar dan Ikhwan Muslimun telah melahirkan ulama-ulama yang terbilang untuk menangkis serangan dan propaganda Syiah. Agamawan kita lulusan Mesir sanggup melupakan Sayyid Rashid Rida, Muhibb al-Din al-Khatib, Mustafa Sibaie, Said Hawa’ dan Sayyid Ali Tantawi dan Yusuf al-Qaradawi yang sangat jelas sikap mereka terhadap Syiah. Karya-karya mereka mengenai Syiah telah dibangkul sampahkan oleh ramai pencinta dan ilmuan agama yang mendakwa keluaran al-Azhar ! Tradisi Syria bukan mereka tidak mengenali Ibn Taymiyyah yang menulis Kitab Minhaj al-Sunnah bagi menyanggah karangan ulama’ Syiah sezamannya. Tradisi India telah melahirkan puluhan ilmuan yang sangat keras sikap mereka dan sentiasa berusaha keras mengingatkan masyarakat tentang bahayanya Syiah. Dari Shah Abd al-Aziz al-Dehlawi hingga Abu Hasan Ali al-Nadwi, Manzur Nu’mani dan Ihsan Ilahi Zahir. Kita lihat perkara yang sama di Morocco, Yaman dan Jordan. Namun persoalannya kemanakah ilmu-ilmu mereka yang merupakan warisan dari barisan ulama’ Salaf, fuqaha’ al-arba’ah dan para muhaddithin kita manfaatkan? Apakah benar kita menghormati tradisi keilmuan mereka bahkan tidak segan silu mengakui mereka sebagai idola keilmuan tapi karya-karya mereka kita campakkan ke laut? Sikap ini menandakan kita lebih suka berkhayal sebenarnya! selain menunjukan kita ini hanya ilmuan celup-celup sahaja.
Dalam keadaan intelektual kita terabai, Syiah melancarkan gerakan intelektual mereka dengan mencetak semula buku-buku yang dibawa masuk ketika awal Revolusi Iran – 1980an. Buku-buku yang sama muncul untuk generasi baru, selain penerbitan buku-buku baru yang sebahagian besarnya adalah karya terjemahan semata-mata. Sisi intelektual mereka yang lemah diulang-ulang jutaan kali dalam tulisan mereka, diperbanyakkan supaya kepalsuan yang nyata akhirnya menjadi ‘kebenaran’ bagi orang-orang yang malas bekerja dan leka di bawah selimut di bawah tempurung agama mengikut bacaan politik semata-mata. Sepatutnya ilmuan yang memiliki beban yang besar sudah bangun memberontak dengan tradisi intelektual mereka. Kitab-kitab dan karya bermutu serta sidang meja bulat sepatutnya mengisi masa lapang mereka selain tajuk perbualan politik dan sebagainya. Ceramah dan seminar hanya menghangat suasana dan belum mampu menandingi usaha-usaha intelektual yang dilakukan oleh Syiah. Isu ini tidak boleh lagi diabaikan dalam usrah-usrah keluarga bagi menandingi usaha Syiah yang menggunakan platform keluarga sempena semangat ‘Ahli Bayt’ mereka.
Sekiranya usaha sebegini pun tidak mampu dilakukan maka sewajarnyalah saya simpulkan inilah petanda kelemahan iman yang sangat parah kerana kita hanya pandai bermain kata-kata bahawa kita beriman dengan perintah Al-Amr bi al-Ma’ruuf wa an Nahy ‘An al-Munkar! Jika perkara yang seremeh-temeh ini kita dapat berupaya memahaminya dengan baik usahlah kita bercerita soal nak hapuskan Syiah di Malaysia. Usah disebut ingin berjuang menegakkan Islam di bumi tercinta ini sedangkan dalam persoalan yang sangat besar (isu aqidah) ini kita gagal memahaminya dengan baik. Syiah Melayu sering kali mendabik dada dan mentertawakan bahawa ulama’ di Malaysia ini lemah untuk berdebat dan berhadapan dengan mereka. Sanggupkah tuan-tuan menjadi bacul dengan mengakui kelemahan itu? Atau apakah kita menunggu negara mengalami nasib seperti Syria baru nak bangkit! Golongan Islam macam manakah rupanya kita ini yang sebenarnya menjadi pekak dan buta tuli sedangkan dihadapan kita dihidangkan pelbagai kenyataan dari ulama' Syria, Iraq, Mesir tentang bahayanya Syiah selain ratusan paparan video mengenai perkembangan yang berlaku di Iraq dan Syria, bagaimana seksanya saudara seagama kita berada di bawah kuasa kumpulan Rafidhah ini !

Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betonline
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Cahill Peringatkan City, Bursa Juara Masih Terbuka
Conte Akui Beruntung Saat Melawan Watford
DNA Mumi Ungkap Rahasia Genetika Orang Mesir
60 Persen Orang Indonesia Cemas Komputernya Diretas Hacker