Friday, August 3, 2012

Perang Dingin (1947-1991) Satu Pengamatan Ringkas


Perang Dingin tercetus 1947 ketika Amerika berada di bawah Harry S. Truman, presiden yang memerintah dengan penguasaan berleluasa oleh kelompok Yahudi dalam pentadbirannya. Hubungan diplomasi dua hala untuk membendung penguasaan Soviet telah dibentuk dalam aspek ekonomi dan ketenteraan menerusi Marshall Plan yang berasal dari idea dual containment yang dicadangkan oleh George F. Kennan penasihat kepada setiausaha negara Amerika George C. Marshall. Kennan juga sebagai pengarah Policy Planning Staff, badan think tank Jabatan Negara Amerika. 

Idea dual containment menggalakkan hubungan baik dengan Russia dalam bidang ekonomi dan ketenteraan untuk diterapkan dalam kerja-kerja mereka membahagikan negara-negara yang dijajah kepada tiga kelompok iaitu Eropah Barat, Eropah Timur dan Dunia Ketiga. Dua blok pertama merupakan pemain perang yang akan dilaksanakan di Timur Tengah (negara Islam) dan negara dunia ketiga yang lain. Menerusi perang dingin memerlukan di mana sahaja ada Amerika perlu ada Russia dan Amerika digambarkan sebagai orang yang perlu bertindak kepada ancaman yang dicetuskan oleh Russia. Amerika membina negara Blok Eropah Barat menerusi perjanjian Pakatan Atlantik Utara (NATO) pada 1949 manakala Russia membina bloknya menerusi Pakatan Warsaw pada 1955. NATO ditubuhkan untuk menyingkirkan Russia keluar dan meruntuhkan penguasaan German. 

Ketika di bawah Setiausaha Negara Dean Acheson Amerika memburu dasar yang lebih keras di Eropah dan memulakan perlumbaan senjata nuklear bagi menghadapi Komunis Russia dan China membawa tercetusnya beberapa perang di dunia bagi merealisasikan konsep Perang Dingin terus berlangsung. Sepanjang tempoh perang tersebut Amerika diletakkan sebagai kuasa yang terancam dengan kemaraan komunis Russia dan China, perlu memperkasakan diri dengan pembinaan dan persaingan teknologi senjata bagi menyekat kemaraan kuasa komunis tersebut. Sementara Russia memainkan peranannya sebagai penjajah di Blok Eropah Timur dan Asia Tengah bagi merealisasikan ancaman terhadap Amerika dan konspirasi yang sebenarnya telah diatur oleh golongan Yahudi pemodal elit antarabangsa atau international bankers. 

Perang Dingin telah diatur dengan rapi untuk saudagar-saudagar Yahudi membunuh jutaan manusia khususnya di dunia Islam dan dunia ketiga, untuk melariskan perdagangan senjata, perubatan, bantuan makanan, pakaian, di samping meningkatkan cengkaman Zionis ke seluruh dunia khususnya di Tanah Arab menerusi perselisihan yang dirancang antara Amerika dan Russia (komunis). Dalam kebanyakan kes, Russia yang sering dianggap pembawa ancaman kepada Amerika dan dirancang dengan rapi kejatuhannya melalui pengunduran Russia dari Afghanistan dan jatuhnya kepimpinan komunis pimpinan Mikael Gorbachev di Moscow.  Dalam konsep perang Dingin, Russia sentiasa mewakili pihak yang kalah dan menanggung kerugian dalam setiap keadaan dari segi politik dan ekonomi bagi melengkapkan drama yang telah disusun oleh para konspirator. 

Walaupun perang dingin digambarkan sebagai telah berakhir, namun ancaman Russia dan Komunis tetap hidup sehingga kini  di mana kedua-dua kuasa komunis menjadi pemain penting dalam slogan ‘ancaman Islam’ yang diwar-warkan oleh Amerika Syarikat dalam gagasan memerangi keganasan (war on terrorism). Osama Laden, Al-Qaeda dan Taleban dimomokkan sebagai ciptaan Amerika oleh media-media dunia yang turut menjadi pegangan rasmi rejim Iran dan Russia sementara Amerika tidak putus-putus menuduh al-Qaeda serta Taleban sebagai pertubuhan pengganas yang dilatih oleh Iran. Tujuannya, nama Abdullah Azzam telah dilenyapkan selepas Pakatan Utara (mujahidin tajaan Amerika yang sebenarnya) memerintah menerusi persepakatan Amerika dan Russia serta Iran menerusi PBB di Afghanistan. Strategi media telah berjaya mendiamkan seluruh dunia islam yang mengalami kebuntuan dalam menentukan titik sebenar perjuangan rakyat Afghanistan. Tidak cukup di situ Saddam, bekas sekutu Russia turut dikaitkan dengan jaringan yang dilabel sebagai ‘pengganas’ tersebut. Tuduhan yang telah disahkan dusta berkenaan bukan bertujuan untuk melukakan hati Russia sebaliknya melenyapkan kegusaran Russia dan Iran terhadap pengaruh perjuangan al-Qaeda. 

Russia dan China kini menjadi pendukung penting kepada rejim Iran dalam isu nuklear Iran, sekutu Libya yang digulingkan dan Syria yang kini dalam proses kejatuhan dan kedua-dua kuasa berkenaan hanya mampu bersuara kecil dalam veto PBB. Libya dan Syria dari blok Pakatan Warsaw merupakan orang tengah bagi pihak Russia untuk menjual senjata kepada Iran ketika isu perang Iran-Iraq (1980-1988) bersama dua negara bekas Komunis dalam Pakatan NATO, Poland dan Romania. Sebagai 'menyaingi' pengaruh Russia, Amerika telah bertindak menjual secara langsung senjata ke Iran menerusi Israel (skandal Iran-Contra) di samping turut berpura-pura menyokong Iraq di dalam perang tersebut. Tujuannya perang dalam tempoh yang lama berkenaan akan melemahkan Iraq dan membawa kepada penggulingan Saddam Husein yang mana cita-citanya dianggap lebih merbahaya kepada keselamatan Israel. Kejatuhan Saddam bakal menjadikan matlamat utama international bankers untuk menubuhkan Israel Raya di Iraq menerusi pemecahan Iraq kepada kerajaan etnik tercapai. 

Kita melihat menerusi sokongan Russia dan Amerika (melalui penjualan senjata rejim Israel kepada rejim Khomeini) dibalik tabir, Iran dengan megahnya mempertahankan perang tersebut dalam tempoh yang lama walaupun rejim Iraq berkali-kali memohon perang dihentikan. Bahkan semasa perang berkenaan jugalah (tahun 1982) tentera pengawal revolusi Iran (IRGC) yang berada dibawah kawalan langsung Ayatollah Khomeini menubuhkan Majlis Tertinggi Revolusi Iraq (SCIRI) pimpinan Ayatollah Baqir al-Hakim, pemimpin Syiah buangan Iraq dari saki baki parti Da'wa yang berada di Iran. Kelompok dan pasukan militan yang dilatih oleh IRGC ini memiliki hubungan rapat dengan sekutu tajaan Iran di utara Iraq, kelompok nasionalis kurdis dalam parti KDP dan PUK yang telah lama menerima sokongan dari pihak Amerika dan Mossad Israel. Amerika menyokong mereka bagi mewujudkan perpecahan etnik di Iraq seperti yang dihasratkan dalam Israel Raya.

Isu Syria hari ini sangat rapat dengan pelan Israel raya yang menuntut pembubaran Iraq dan Syria kepada negara-negara kecil berasaskan etnik untuk 19 buah negara kecil di tanah Arab yang  kini sudah berjaya dilaksanakan di Iraq. Menyokong perjuangan rakyat Syria yang ditindas dengan kejam oleh rejim Bashar perlu disusuli dengan waspada terhadap pelan sebenar Zionis di negara tersebut supaya kita tidak terjerat sebagai mana sebahagian rakyat Sunni Iraq terlibat sama menggulingkan Saddam tanpa menyedari lubang neraka sedang menanti mereka di bawah kepimpinan Amerika-Syiah. Neraka Syiah di Syria sangat sadis untuk dihadapi namun majoriti Sunni Syria perlu beringat pelan pemecahan etnik di Lebanon (Phalagist, Druze, Sunni dan Hezbollah) dan Iraq (Kurdistan, Sunni, Syiah) sedang menanti mereka di tepi kubur Bashar.   

Kaitan Amerika dengan ideologi komunis di Russia tidak gugur sama sekali dengan kejatuhan kuasa komunis di Russia. Hakikatnya di belakang pemain-pemain Perang Dingin serta ideologi komunis tersebut ialah kelompok yang sama iaitu international bankers. Sebab itulah kita melihat kedua-dua kuasa ini tidak pernah berperang secara fizikal di medan perang selain menggunakan negara dunia ketiga sebagai kambing hitam mereka dalam pertempuran sebenar. 

Amerika dan Russia sering kali dikaitkan sebagai dua kuasa yang bersaing dari aspek teknologi senjata namun kedua-dua negara tetap bergabung dalam satu pesawat ke angkasa lepas bagi melancarkan satelit-satelit bagi tujuan ketenteraan. Senjata-senjata ini akan dijual kepada kedua-dua pihak yang bertempur di medan perang menerusi saudagar-saudagar senjata di pasaran gelap. Penamatan Perang Dingin (1947-1991) menerusi kejatuhan komunis di Russia hanyalah helah semata-mata kerana kedua-dua kuasa besar menerusi pemerintah bagi pihak kerajaan Satu Dunia Yahudi – PBB sentiasa bergabung di meja rundingan untuk mengagihkan hasil kekayaan bumi negara yang dijajah selepas perang.    

1 comment: