Sunday, May 6, 2012

Gerakan Kiri Dalam Revolusi Bersih 3.0 ?

KUALA LUMPUR: Tiga individu, termasuk seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditahan setakat ini kerana disyaki terbabit dalam rusuhan ketika Perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara, pada 28 April lalu.

Penuntut UiTM itu, Khalid Mohd Ismath, 22, ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 10 pagi semalam.
Dia diiringi peguam, Nasar Khan Mirbas Khan bersama ibu bapanya. Dua lagi yang ditahan di sini dan Negeri Sembilan adalah antara 91 individu yang gambar mereka disiarkan media selepas siasatan polis mendapati mereka dapat membantu siasatan berhubung kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian harta benda awam dan kecederaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata kedua-dua mereka ditahan hasil maklumat orang awam.

Katanya, penuntut tahun satu Ijazah Sarjana Undang-Undang UiTM itu ditahan kerana dipercayai bertanggungjawab dalam insiden menendang anggota polis trafik dan merempuh halangan polis.

“Kita juga sudah mengenal pasti beberapa lagi suspek yang terbabit berdasarkan maklumat yang diberikan dan kini Polis Kuala Lumpur dengan dibantu Polis Bukit Aman sedang menjejaki mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.
“Hasil siasatan awal, kita percaya, penuntut ini menendang anggota polis yang bertugas serta merempuh halangan yang dipasang di Dataran Merdeka, ketika perhimpunan itu,” katanya.

Sementara itu, bapa Khalid, Ismath Mohd Habib berkata, beliau menyangkakan anaknya ditahan kerana komen dalam akuan facebooknya ‘saya ingin membunuh semua polis yang ada’.

“Saya rasa tidak adil anak saya ditahan merempuh sekatan dan menyerang polis kerana pada hari perhimpunan itu anak dan isteri saya turut dipukul polis.

“Malah, dakwaan anak saya menyiarkan komen ingin membunuh anggota polis juga tidak benar, kerana dia sering mendakwa akaun Facebooknya sering diceroboh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui di IPK, semalam.

Khalid ditahan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dalam rusuhan dan Seksyen 188 kanun yang sama atas kesalahan mengingkari perintah yang ditetapkan polis.

Di KUCHING, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, ketika mengulas mengenai rusuhan itu, berkata pihaknya akan menyiarkan lebih banyak gambar mereka yang dikehendaki bagi membantu polis.

“Sehingga tengah hari tadi (semalam), tiga lelaki termasuk seorang penuntut sudah ditahan, manakala tiga lagi individu sudah menghubungi polis dan akan menyerah diri,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini 73 laporan mengenai dakwaan kekerasan polis telah dibuat dan pihaknya sudah membuka 20 kertas siasatan.

“Kita memberi jaminan setiap laporan akan turut diteliti jawatankuasa khas yang akan diumumkan kerajaan (minggu depan),” katanya.

Beliau berkata, siasatan ke atas Khalid yang didakwa mengugut untuk membunuh anggota polis akan dilakukan Polis Selangor sebaik siasatan terhadap pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH 3 selesai.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarUiTMantaratigaditahan/Article

3 comments:

  1. Syiah seboleh-bolehnya akan spin tentang keganasan mereka, dan menyalahkan anggota polis yang majoritinya adalah sunni.Tulisan Khalid ‘saya ingin membunuh semua polis yang ada’ membawa maksud ‘saya ingin membunuh semua sunni yang ada’...pihak berwajib harap peka dan bertegs dalam hal ini.

    ReplyDelete
  2. Pahaman Syiah, ASWJ, Wahabbi dll., akan membawa kepada kemusnahan Islam. Kembalilah kepada ketauhidan yang sebenar, hanya kepada Allah Yg Esa, kerana dari-Nya kita datang kepada-Nya kita kembali.. Ya Allah berilah kebaikan kepada semua umat manusia di dunia ini. Maha Terima Kasih Ya Allah..

    ReplyDelete
  3. Apa maksudnya Cik Melati..ASWJ & Wahabi ok jer...Syiah tu patut dihapuskan kerana mereka tak Islam

    ReplyDelete